10 soalan tentang ‘perasionalan’ subsidi (untuk PM @ menteri - TopicsExpress



          

10 soalan tentang ‘perasionalan’ subsidi (untuk PM @ menteri yang mampu menjawap, taraf macai, buang masa !! ) 1. Siapa dalam kerajaan/kementerian/agensi yang menentukan berapa banyak harus dibayar ? 2. Siapa dalam kerajaan/kementerian/agensi yang membuat bayaran ? 3. Kepada siapa subsidi dibayar? Berapa banyak pengeluar/pengimport yang dibayar ? 4. Berapa jumlah bayaran kepada setiap pengeluar? Adakah pengeluar petrol/pengimport menginvois kerajaan untuk menuntut pembayaran daripada kerajaan ? 5. Berapa kali bayaran dibuat setahun ? 6. Apakah bentuk bayaran kepada mereka – adakah wang tunai dibayar kepada pengeluar/pengimport, atau mereka diberikan rebat, pijaman atau pelepasan cukai, atau dalam bentuk lain ? 7. Apakah asas kepada pemberian subsidi – adakah melaui perjanjian bertulis antara kerajaan dan pengeluar/pengimport ? 8. Mengapa subsidi petrol sentiasa bertambah walaupun harga minyak turun di pasaran dunia ? 9. Adakah subsidi terpaksa diberikan kerana kegagalan kerajaan menghapuskan monopoli yang dimiliki segelintir kroni terutama dalam import gula dan beras ? 10. Bagaimana wang hasil penjimatan subsidi dibelanjakan selain daripada memberi BR1M ? (PM Abdullah Badawi menaikkan harga minyak di awal pemerintahannya dahulu kononnya penjimatan subsidi akan digunakan untuk menaiktaraf pengangkutan awam di KL. Sembilan tahun kemudian dan pengangkutan awam di KL masih di takuk lama, malah lebih buruk lagi.) Soalan ‘bodoh’ di atas dilontarkan kerana kerajaan tidak pernah berusaha untuk memberi penjelasan terperinci tentang subsidi petrol mahupun keperluan asas lain kepada RAKYAT terbanyak. Jika ada pun, kebanyakannya dalam bahasa ‘konsultan’ yang canggih dan tidak difahami, seakan kerajaan mahu mengaburi mata RAKYAT dengan penggunaan istilah ‘subsidi’ dan istilah ekonomi yang sukar difahami sebagai justifikasi kenaikan harga minyak baru-baru ini... ~ SORAYA SALIM p/s ~ rencana yang agak panjang, tapi cukup bernas untuk kita RAKYAT hadzam dan fikirkan ... sila klik sini :themalaysianinsider/rencana/article/10-soalan-tentang-perasionalan-subsidi-soraya-salim untuk rencana penuh, memang sempoi !!!!
Posted on: Wed, 18 Sep 2013 18:15:45 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015