ACCCIM: Langkah bantu Melayu tak ancam bukan Bumi Pengumuman - TopicsExpress



          

ACCCIM: Langkah bantu Melayu tak ancam bukan Bumi Pengumuman yang bakal dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai langkah-langkah untuk meningkatkan peranan ekonomi orang Melayu - kumpulan etnik majoriti di negara ini - tidak akan mengancam status bukan Melayu, kata sebuah dewan utama perniagaan dan perdagangan Cina Malaysia. Naib Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Industri Cina Malaysia (ACCCIM), Lim Sing berkata, beliau percaya pengumuman itu yang dijadualkan dibuat Sabtu ini, adalah mengenai dasar-dasar untuk terus membantu golongan yang kurang bernasib baik dalam masyarakat Melayu. Lim memberitahu hari ini bahawa tidak mungkin negara akan bergerak ke belakang dengan kembali kepada tindakan afirmatif untuk Dasar Ekonomi Baru (DEB) - dasar yang telah mengundang perbahasan sejak pelaksanaannya pada tahun 1971. Sejak beberapa tahun ini, katanya, kemampuan orang Melayu untuk bersaing dalam pasaran bebas serta sektor swasta, telah semakin meningkat tetapi masih terdapat kumpulan-kumpulan yang kurang bernasib baik yang perlu dijaga. "Bagi saya, Najib adalah seorang pemimpin yang sederhana. Saya harap dia boleh menjadi lebih inklusif dan melihat keperluan semua kaum pada masa yang sama," katanya. New Straits Times sebelum ini telah memetik para pegawai kanan sebagai berkata pengumuman Najib akan meliputi inisiatif seperti pemilikan ekuiti, perniagaan, modal insan, pembangunan sosial dan ekonomi dan langkah-langkah untuk mengukuhkan institusi kerajaan yang menggalakkan peranan ekonomi orang Melayu.
Posted on: Thu, 12 Sep 2013 10:30:00 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015