Assalamualaikum dan selamat petang.... 1. Untuk makluman, PosLaju - TopicsExpress



          

Assalamualaikum dan selamat petang.... 1. Untuk makluman, PosLaju akan beroperasi seperti biasa pada esok, 3 Ogos 2013. Kaunter pengeposan dan serahan akan beroperasi sepenuhnya untuk memastikan barang dapat sampai kepada penerima sebelum cuti Aidilfitri. 2. Tiada perkhidmatan On Demand Pick up untuk 3 Ogos 2013 bagi membolehkan tumpuan sepenuhnya untuk serahan barang PosLaju kepada penerima. Harap maklum. 3. Poslaju masih menerima pengeposan sehingga menjelang Aidilfitri. Namun kami amat menggalakkan anda membuat pengeposan sebelum atau pada 3 Ogos 2013 dan 4 Ogos 2013 (bagi Kelantan, Terengganu dan Kedah sahaja), sekiranya anda ingin barang PosLaju sampai kepada penerima sebelum Aidilfitri. 4. Berita baik untuk pelanggan kami di Lembah Klang, harap maklum bahawa kaunter pengeposan di Pusat PosLaju Cheras, Pusat PosLaju Kuala Lumpur, Pusat PosLaju Petaling Jaya dan Pusat PosLaju Batu Caves beroperasi pada Ahad, 4 Ogos 2013. Sempat lagi untuk pengeposan dan barang sampai kepada penerima sebelum Aidilfitri! 5. Demi komitment kami kepada para pelanggan, PosLaju akan meneruskan operasi serahan kepada penerima pada hari Ahad ini, 4 Ogos 2013. Serahan ini akan bertumpu di kawasan terpilih terutamanya di bandar-bandar besar. (SUMBER DR FB Official : PosLaju National Courier)
Posted on: Fri, 02 Aug 2013 08:15:18 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015