Assalamualaikum dan slm sejahtera, dibawah adalah ulasan/ fakta - TopicsExpress



          

Assalamualaikum dan slm sejahtera, dibawah adalah ulasan/ fakta kedudukan sebenar/ apa perlu ada dlm Majlis Bandaraya Alor Setar-MBAS agar status sebenar AS dpt diwujudkan, InsyaAllah: (dipetik dri web forum AS) AS kena memperbnyakkan kawasan perumahan dan penempatan dan naikkan taraf kwasan perindustrian mergong, baru leh jd besar n ramai orang mcm SP... Aku p lepak Sp smlam, Sp still ramai org n sesak pada waktu malam, agak beza dgn AS kita.. smlm smbil minum sambil aku berfikir utk bandar alor setar hometownku... Alaa...kan SP banyak taman perumahan baru..biasala tu depa keluaq lepak2 dan mkn2......kat AS kan banyak pula rumah2 lot sendiri bertaburan sekitar AS.....lebih suka mkn kat rumah dan sekali sekala baru p keluaq mkn...hehehehe... sbb tue laaa, my point is kita kena tmbahkan populasi alor setar... nk tmbah populasi kna tmbhakan kawasan penempatan n pkerjaan... thats y important jgak naik taraf industri mergong.. mcm mana nk tambah populasi kalau dh xda something yg boleh attract iaitu peluang pekerjaan? kt sini, kerajaan ialah biggest employer. gov servants mmg purchasing power rendah jd mmg ssh la. private companies yg besar2 kt alor setar mmg ssh sgt nk cri.. kalau ada pun, branch kecik atau representative office yg employ berapa kerat sgt. AS dh mmg cukup padat dah dan dikelilingi oleh bendang.....banyak tmn2 perumahan berada di sebelah lencongan barat tu menghala ke Kuala Kedah SP dikelilingi oleh kelapa sawit dan taman2 perumahan nya berselerak sorry..sedikit pembetulan.. SP kawasan asalnya ialah ladang getah.. kelapa sawit tu kawasan Kulim... Taman2 perumahan SP semua terancang, kalau tengok dalam google map bole nampak setiap taman perumahan bersambung dengan taman perumahan yang lain. Supply rumah di SP melebihi permintaan... Sebab tu harga rumah agak rendah n byk rumah lelong di sana... supply melebihi demand tak sure sangat sebab bila ada projek baru launch selalu almost 85 % sold out dan kemudian developer akan buka new phase. Tak mungkin developer akan bina phase baru kalau tak ada demand. lagi 1 aku tak rasa developer sanggup rugi jual rumah dengan harga yang terlalu rendah. harga rumah yang agak murah tu mungkin atas faktor-faktor lain 85% tu ambik masa berapa lama kena tgk jugak... Lagi satu alor setar memang dah ada bangunan dan penempatan sejak lama dulu lagi... Tak boleh nk compare sgt dari segi perancangan bandar dgn SP yg asalnya ladang getah.... ok2, stop arguing k... point aku utk alor setar. bknnya banding2 cmnie.. supply melebihi demand tu x btol gak laa... sbb pakcik aku pnah jd org dalam syarikat perumahan SP dulu... btoi ckp johan, bila launch project, twus 80% memenuhi, smpai pihak syarikat memperuntukan utk fasa ke 2.. n pkcik aku sendiri pon memiliki rumah mewah di sana... ok, point aku adalah utk Alor Setar. aku amik Sp sbgai cntoh terdekat utk tmbahkan populasi AS... maybe jika kerajaan naik traf industri mergong dan tingkatkan fuction port kuala kedah dpt mnyumbang bnyak eknomi kepada AS.. kalo kat SP perumahan skala besar memang biasa ambil masa lebih kurang setahun kemudian developer lancarkan phase baru contohnya Puteri Residences, BPJ tahun lepas dilancarkan kemudian tahun ni launch pulak phase 2.. kat AS perumahan skala agak kecil dan developer pun biasanya bina sikit2.. biasa la kalo habis awal lagi 1 aku bkn nak bandingkan sebab aku pon org AS dan tgl di SP cuma aku tgk AS dah pack dan banyak kawasan bendang yang kita perlu jaga.. AS banyak lagi tanah kosong di bandar yg bole buat bangunan tinggi, tapi org kita lebih suka rumah bawah. uma aku perhatikan org beli rumah di SP mungkin sebagai aset..depa bkn duduk sini terus... ada yg keja kat lain n beli umah kat SP sebab tu nampak bnyak rumah kosong. AS pulak org beli umah n memang duduk terus.. rata2 rumah di SP dimiliki oleh warga penang... fakta terbukti tu... blh nmpak ksibukan kmasukkan kenderaan tol sp selatan pada hujung minggu... cuma AS ni bukannya apa, perumahan bnyak lari ke Jitra.. tue laaaaa..... hmm... itu sudah tentu..tiap2 petang penang bridge jam pon kenreta2 tu banyak yang menghala arah SP... AS memang perumahan merebak ke Jitra sebab Jitra pon kawasan ladang getah terutamanya Bandar Darulaman tu.. kawasan tanah ladang lebih sennag nak dimajukan berbanding tanah bendang.. bendang kena tambun dan biar dulu, kalo x nanti mendap pulak... yup... btol gak tue.. harap2 MBAS dpt gunakan tanah kosong di AS dgn bijak, sbb terhad... Kita hanya memerhati banyak tmn2 perumahan baru yg dibina tetapi kita x nampak yg rumah2 lot sendiri yg dah sedia ada di AS ni ....contoh di sepanjang jalan dari AS ke Hutan Kampung/Jitra....AS ke Langgar/Pokok Sena......AS ke Simpang Empat...AS ke Kuala Kedah ......banyak tuuuu....tu x termasuk Taman2 perumahan baru sekitar AS yg dah betul2 padat. Dlm peta pula hanya menunjukkan jalan ke taman2 perumahan tapi x menunjukkan jalan2 yg tak berturap ke Lot2 perumahan sendiri yg ada banyak di sekitar BANDARAYA ALOR SETAR....sememangnya AS memang padat. lot rumah2 sendiri sepanjang jalan kat mana2 pon bnyak cek oiii.. semua tmpat cmtue... x yah amik kira sgt laa... kalu kita tgk now project perumahan dah booming di jitraa rather than AS.. btol la tue apa yg dikatakan oleh abg johan... Populasi jitra yg dah meningkat. Sekarang ni nk jd bandaraya kena ada 500,000 populasi taw... sbb tue org rajin pertikai taraf bandaraya AS just 300k lbih... kepesatan tue mmg x mcm bandaraya , sbb tue kerajaan negeri kena lengkapkan ciri2 bandaraya kepada AS yg nmpak mmg masih blom bndaraya sbenarnya.. aku meluat bila kawan2 aku dtg sini n bnding taraf bandaraya AS dgn bandaraya diorg yg smemangnya btol2 bandaraya... Lol... Takpa2... Nnti byk la rumah naik kat aloq setaq tu.... Sabaq.... P/s: btw... Ada sesapa nak beli rumah kt jitra tak. Aku nak jual.. dengan rumah2 lot tu kalau dikatakan padat tak tau nak kata apa lah..hehe kat mana2 pon ada lot rumah sendiri tu, sepanjang jalan Alor Setar - Sungai Petani pon ada... kat kawasan Merbok pon ada... kita kalau nak backup pon kena tengok realiti...
Posted on: Tue, 30 Jul 2013 16:10:22 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015