Assalamualaikum, ok ada pengumuman. Especially untuk sesiapa yang - TopicsExpress



          

Assalamualaikum, ok ada pengumuman. Especially untuk sesiapa yang nak bertunang, bernikah, berkahwin yang perlukan make-up artiste. Ramai yang PM Sue tanya adakah Sue masih aktif make-up pelanggan? Jawapannya YA, MASIH. Cuma memang Sue dah lama tak update gambar atau jadual make-up jobs sebab Sue most of the time busy with my online fashion store Abaya Suraya. Sue masih tak habis lagi transfer make-up pics from my old website to my blog sebab easier that way dan Sue memang nak ikut tarikh-tarikh make-up dari yang lama kepada yang baru. That takes a lot of time and patience. And make-up dah jadi macam business sampingan, ada time Sue boleh ambil, Sue ambil. If ada time Sue busy with family, other business matters, traveling or just plain penat Sue tak ambil. Anyways, oh ya, kalau anda yang membaca status Sue before this, around February 2013, Sue pernah cerita there was a woman yang Sue make-up nikah entirely free sebab dia memang seorang yang tidak berkemampuan pada waktu itu. Ikhlas lillahi taala Sue sedekah, sebagai bantuan untuk dia membina masjid. Dia cuma mampu nak hulur RM 50 waktu tu tapi Sue tolak sebab nama pun sedekah kan. Sejujurnya harga sekali make-up pengantin Sue around KL/Klang Valley ialah RM 700 sekali makeup which takes about 1 half to 2 hours of work. Tak mahal sangat, tak murah sangat, cuma Sue rasa itu harga Sue yang insha Allah tepat sebab Sue mula make-up dari 2007 selepas belajar w Maybelline Malaysia, Nurul Shukor, Amy Janz, Najeeb Azami & MAC Malaysia antara yang Sue pernah belajar bersama mereka la. Produk-produk Sue guna pun macam kebanyakan make-up artistes Sue memang guna yang branded especially Dior, Nars, Chanel, YSL, Shu Uemura, Makeup Forever just to name a few. I try to do the best for all my clients. Tapi walaupun kepada wanita yang Sue sedekahkan itu, takde kurang pun solekan Sue buat untuk dia, macam mana Sue buat pada client berbayar, macam itu juga Sue lakukan ke atas dia walaupun percuma. Sebab itu Sue anggap amal jariah Sue pada dia yang memerlukan bantuan untuk memeriahkan majlis pernikahannya. Tapi masa Sue hantar adik Sue ke LCCT dengan arwah Ayah Sue untuk hantar Deena balik Bangkok, Sue sembang dengan Ayah cerita tadi Sue make-up free, sedekah je Ayah sebab akak tu tak mampu. Ayah tanpa banyak soal terus cakap "Bagus Sue, sedekah." Langsung dia takde rasa sangsi atau ragu-ragu takut Sue kena tipu sebab Ayah percaya rasanya Sue mesti dah fikir betul-betul. Paling penting, gerak hati tu kan Allah beri untuk Sue rasa yakin aku kena tolong akak ini. Tak lama selepas itu Ayah meninggal. Malam sebelum Ayah meninggal kan Sue ada cakap Sue dapat rezeki yang tak disangka-sangka, Sue fikir ada kaitan dengan akak tu sebab dia kerja dengan syarikat itu, dia kata demi Allah tak ada langsung usaha dia tolong, memang Sue terima tawaran itu direct dari syarikat itu tiada kena-mengena dengan akak itu. Maknanya Sue yakin itu balasan Allah buat Sue yang bantu akak itu, ini keyakinan Sue la, insha Allah. Kalau betul la kerana itu, sesungguhnya balasan itu jauh berganda-ganda lebih baik dari sekelumit sedekah yang Sue beri pada wanita itu. Lepas tu Sue nekad, Sue nak sesiapa yang perlukan make-up artiste, kalau benar-benar tak mampu beritahu Sue. Insha Allah ada kelapangan ada kesihatan yang baik, Sue akan tolong percuma juga. Kalau ada yang berduit, tetapi budget tak banyak tak apa. RM 700 itu ialah harga Sue. Siapa yang berduit, dan mampu bayar harga Sue, silakan dengan penuh takzim Sue terima bayaran yang anda rasa Sue layak terima. Tetapi kalau kurang mampu, sejujur-jujurnya kerana Allah, anda kurang mampu waktu itu, boleh bayar ikut keikhlasan anda dan selagi anda hargai letih, produk dan skills Sue yang Sue usahakan untuk anda. Baki yang anda tak mampu bayar, Sue niat sedekah dengan harapan pahala tu pergi pada Ayah. Sebab Ayah dulu selalu suka tolong orang nak wakil-wakil bab-bab kerja kahwin ini, so ini sumbangan kecil Sue la harapannya. Dengan harapan sekelumit bantuan Sue menolong mereka yang nak mendirikan masjid, pahala itu Ayah yang dapat, insha Allah. Sebenarnya Sue ada banyak plans lagi untuk salurkan pahala untuk arwah Ayah, tapi itu semua perlu wang yang lebih banyak lagi. Sue tengah usaha ke arah itu juga tapi mungkin makan masa bertahun-tahun. Insha Allah ada jalan bak kata Maher Zain. Eh tetiba terpetik nama Maher Zain. =D Tapi in the future la. Sue tak risau if anda bayar sikit, sebab insha Allah dengan niat sedekah rezeki Sue akan dimurahkan lagi. Dalam Islam kan dah ajar 1-1 = 2. =) Omputih kata "The more you give, the more you get." =) So harap panjangkanlah niat Sue ini pada yang memerlukan. Mungkin diri anda, mungkin orang lain. Kalau ada yang sudilah nak Sue make-up. =) Rezeki Allah Maha Luas, insha Allah ada bahagiannya untuk kita semua. Amin. =) Terima kasih pada yang baca dan yang sudi share jika ada. Terima kasih, wassalam. =)
Posted on: Thu, 20 Jun 2013 08:21:42 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015