Audit: Boleh hentam, lapor tapi kena ingat... 5 Oktober 2013 - TopicsExpress



          

Audit: Boleh hentam, lapor tapi kena ingat... 5 Oktober 2013 * SHAH ALAM – Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan bermula awal minggu ini - walaupun mendedahkan seribu satu "kecacatan" kerajaan, harus diperakui ia sebagai cerminan keikhlasan pemerintah, kata Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin. Sehubungan itu menurut Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN) ini, tindakan kerajaan mendedahkan kelemahan mereka dalam laporan itu, harus dihargai. “Terpulang kepada rakyat. Itu hak mereka untuk melaporkan. Tetapi yang pentingnya, kerajaan mengatakan ini adalah laporan kerajaan. “Mereka mengatakan sendiri kelemahan mereka. Itu yang pertama kita kena hargai. Jangan lupa bahawa laporan Audit itu adalah laporan kerajaan sendiri yang memperakui kelemahan dan kelemahan sistemnya," ujar beliau. Malah katanya, ekoran pendedahan itu, rakyat bebas untuk menghentam kerajaan. “Jadi, siapa nak pukul, pukul. Siapa tak nak pukul, terpulang. Rafizi Ramli (Pengarah Strategi PKR), dia pukul. Terpulanglah. Rakyat ada hak,” katanya ketika ditemui selepas selesai sesi Diskusi Memacu Transformasi Politik Malaysia, di sini, semalam. Shamsul Amri ditanya wajarkah laporan audit ini dijadikan bahan bukti wujudnya amalan rasuah untuk dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentangkan awal minggu ini mendedahkan kepada rakyat pelbagai ketirisan, kecuaian termasuk pencapaian kerajaan. Laporannya yang mendapat liputan meluas media menyebabkan agensi dan kementerian terlibat menjadi sasaran kritikan rakyat termasuk pemimpin politik pembangkang. S.H
Posted on: Sat, 05 Oct 2013 10:07:09 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015