BERITA HARI INI. 1.Pahang,Trengganu dan Johor mula di landa - TopicsExpress



          

BERITA HARI INI. 1.Pahang,Trengganu dan Johor mula di landa banjir. 2.INFO MANGSA DI PINDAHKAN SEHINGGA JAM 9 MLM: Pahang - 296 orang Johor - 1,035 orang Trengganu - 187 orang. 3.Jabatan Meteorologi ramal Negeri Sembilan dan Melaka juga brkemungkin di landa banjir kilat dan ribut petir. 4.Tarif elektrik naik pd kadar 4.99 sejam mulai 1 Januari 2014 bg semenanjung dan 5 sen bg Sabah dan Sarawak. 5.Pendakwah bebas Ustaz Kazim Elias umum keluar dari parti Pas kerana kecewa dgn fitnah dan tohmahan. 6.Tun DrM melepaskan jawatan sebagai Penasihat Petronas mulai kelmarin kerana masaalah kesihatan. 7.Kerajaan rugi RM10.2 juta kerana kegagalan kontraktor menyiapkan Kolej TLDM di Lumut. 8.Men.Pertahanan Datuk Hishamudin masuk hospital kerana saluran arteri yg tersumbat dan telah jalani rawatan angioplasty. 9.Polis menahan remaja usia 16 thn dari Arau Perlis untuk bantu siasatan kes pembunuh kejam 3 beradik di Alor Star selepas no hp nya di temui pd hp kakak sulung dan ada di hubungi sebelum kejadian. 10.Peguam Negara berkata kes rogol yg membabitkan pengantin perempuan usia 12 tahun di Kedah akan di buka semula. 11.Pengurus Sykt Bandar Saujana Sdn Bhd Saw Guan Keat berkata mereka tidak tahu bahawa tapak yg di beli untuk tujuan projek pembangunan adalah candi dan berserajah. 12.Polis menafikan yg mereka memilih bangsa semasa operasi Ops Cantas .13.Rakyat Malaysia masih tidak gemar mengguna kenderaan awam semasa masa puncak pd waktu pagi utk mengurangkan kesesakan 14.Tim Presiden MCA mahu perubahan dlm Parti 15.Penyamun yg di tembak mati olih polis semasa cuba memecah masuk dlm sebuah rumah di Brickfields di dapati memiliki kad pengenalan palsu. 16.Terdapat sindiket yg menipu orang ramai dgn mengiklan rumah sewa yg tidak ujud di Bandar Indera Mahkota. 17.Tanah Highland Tower yg turut mengandungi kondominum yg runtuh pd 1993 akan di jual. 18.Malindo Air akan memulakan perjalanan dari KL - New Delhi dgn kadar RM599 sehala. 19.Mahkamah Persekutuan beri tempoh hingga 12 Dis utk BN dan PR supaya menyelesaikan persefahaman 19 petisyen PRU yg masih tertangguh. 20.DBKL menerima 1800 surat bantahan dari Warga KL yg membantah kadar taksiran. 21.Pemain dram Search , Yazid Ahmat sesak nafas dan koma.Beliau kini di Hospital Sultanah Aminah JB. 22.Seorang ibu merayu pd Mahkamah Majistret Kota Bharu supaya memenjarakan anak nya kerana tidak tahan dgn sikap anak yg sering menimbul masaalah dan sanggup ugut membunuh nya. 23.Terdapat 30,000 permohonan utk rumah bwh projek PR1MA hanya melalui talian. 24.Masaalah hubungan cinta membawa pd tragedi bila seorang wanita 23 thn mati di tikam kekasihnya di Taman Limbongan Permai, Tengkera di Melaka. 25.Dua remaja usia 16 dan 14 thn dari Felda Belara maut di rempuh bas yg membawa rombongan kakitangan kerajaan Negeri Perak ketika bermotosikal di Kg Sungai Ikan, Kuala Trengganu. 26.Seorang bapa di Melaka terkejut menerima salinan sijil nikah anak nya yg bernikah dgn warga Bangladesh dari Pej Agama Hulu Langat. 27.UKM membuka pusat latihan Pakar Bedah yg akan beroperasi mulai Januari nanti. 28.Polis membebaskan 38 warga Myanmar dan Bangladesh yg di kurung dan kelaparan di Jalan Raja Uda,Butterworth. 29.Sebanyak 53,000 DVD cetak rompak di rampas di sebuah rumah di Paya Terubong ,Pulau Pinang. 30.Dua budak di masuk ke Hospital Parit Buntar selepas memakan durian yg di bubuh racun utk membunuh babi liar yg sering merosak kebun di Sg Kechil ,Seberang Perai. LUAR NEGARA. 31.Perdana Menteri Thailand enggan tunduk kepada tuntutan penunjuk perasaan yg mahukan dia meletak jawatan. 32.Penunjuk perasaan di Ukraine lancar mogok di seluruh negara dlm usaha utk melumpuhkan kerajaan. 33.Singapura menguatkan tentera nya dgn membeli 2 kapal selam dari German. 34.Resort musim panas tertutup yg terbesar di dunia akan di bina di Shanghai.Resort ini turut mengandungi water park dan pantai sendiri yg akan di bina olih pemaju dr Singapura. 35.New Zealand Airlines menggunakan gambar naga Smaug dari film terbaru The Hobbit sebagai promosi di badan pesawat mereka. 36.Penyiasat berkata kelajuan kereta menjadi punca kematian aktor Paul Walker. 37.Saintis mahu cuba menanam sayur di bulan pd tahun 2015. SUKAN. 38.K.Rajagopal mahu tumpu pd keluarga selepas tamat kontrak dan cabar jurulatih baru bawa Malaysia lebih tinggi. 39.Kelantan nafi mahu bawa masuk pemain Selangor Muhamad Afiq Azmi. 40.Khairy jamaludin sedia jumpa FAM utk bincang kes Anuar Musa. 41.SAFA lantik Abdul Rahman Zakaria sebagai pengurus baru Sabah. 42.Kontijen negara Sukan Sea di Myanmar di minta awasi nyamuk dan makanan yg mampu membawa masaalah kesihatan. 43.Pahang namakan Ron Smith sbg Pengurus Pasukan yg baru bagi menggantikan Dollah Salleh. 44.Bekas pemain kebangsaan Pakistan dan Kelab Kitchee FC di Liga Hong Kong Zeshan Rehman dan bekas pemain Kelantan Dickson Nwakaeme adalah antara import baru Pahang.
Posted on: Tue, 03 Dec 2013 03:00:16 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015