BISNES PR1MA tambah pembinaan rumah mampu milik 15 September - TopicsExpress



          

BISNES PR1MA tambah pembinaan rumah mampu milik 15 September 2013 * SYARIKAT Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) bekerjasama dengan Syarikat Perumahan Perumahan Negara Bhd dan kerajaan-kerajaan negeri bagi memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik kepada Bumiputera di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia dilaksanakan berikutan kerajaan menyedari tahap kemampuan masyarakat Bumiputera untuk memiliki rumah adalah rendah terutamanya dengan keadaan harga pasaran rumah masa kini yang sentiasa meningkat. "Menurut perangkaan, 58 peratus daripada 72 peratus penduduk Malaysia yang menetap di bandar adalah Bumiputera, namun peratusan pemilikan hartanah Bumiputera di bandar adalah kecil. "Lantaran itu, peranan UDA Corporation akan diperkukuhkan bagi membantu membangun hartanah termasuk rumah kediaman, kompleks dan ruang perniagaan, bangunan industri dan perdagangan di kawasan bandar," katanya. Menurutnya, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan Kerajaan Persekutuan (GLIC) yang terlibat dalam perniagaan hartanah memainkan peranan penting dan perlu memberikan penekanan kepada pembangunan hartanah Bumiputera terutamanya perumahan, rumah kedai dan premis komersial. Sementara itu, Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, hartanah melibatkan rumah kedai amat penting dan buat masa ini hanya lima peratus rumah kedai adalah milik Bumiputera di seluruh negara. "Walaupun sudah 42 tahun pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan, kita masih lagi hanya 5 peratus, misalnya di Serian Sarawak 500 rumah kedai adalah milik kaum Cina dan satu pun bukan milik Bumiputera. "Di Melaka buat masa ini, rumah kedai Bumiputera Melaka adalah 10 peratus hingga 15 peratus dan kita ada banyak kuota Bumiputera yang belum dibeli," katanya. S.H
Posted on: Sun, 15 Sep 2013 15:01:14 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015