Berita sedih dari Gaza Mohon doakan Gaza, malam tadi jam 9 - TopicsExpress



          

Berita sedih dari Gaza Mohon doakan Gaza, malam tadi jam 9 waktu Gaza (20 Nov, 2 pagi tadi waktu Malaysia ) tanpa bekalan letrik, gelap gulita, tanpa gaz tanpa petrol dan diesel, tentara israel dgn menggunakan jet F16 dan pesawat apache mulai mengebom bertubi-tubi di wilayah Gaza utara, Gaza timur dan Gaza selatan. Sehingga waktu ini belum ada maklumat yang jelas tahap kerosakan, kecederaan dan kemalangan jiwa. Hingga ssekarang, pesawat jet tempur F16, pesawat apache serta pesawat drone kawalan jauh, masih berterusan bermaharaja lela di langit Gaza. Ya Allah, berikan kami kesabaran di jalanMu ya Allah,amin. Dari Abdillah Onim sekarang ini berada di Semenanjung Gaza, Filistin. Sebarkan agar didoakan! Ya Allah bantulah mereka !!! Mohon semua mesjid dan surau solat hajat dan Qunut Nazilah mulai subuh ini. Dr Syed Muhammad Haleem Pengerusi Biro Haluan Palestin, Haluan Malaysia. Sebarkan.
Posted on: Wed, 20 Nov 2013 14:34:00 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015