Dengan wujudnya ruangan komen di facebook, ditambah pula akhbar - TopicsExpress



          

Dengan wujudnya ruangan komen di facebook, ditambah pula akhbar online turut menyediakan ruang komen atas setiap artikel. Kelihatan agak ramai suka MENCERCA seseorang yang dilihat melakukan kesalahan, mengaibkan pelaku kesalahan sepuasnya dengan bahasa paling keji. SEDARILAH, apa-apa dosa peribadi, mungkin pelaku kesalahan SUDAH bertaubat sejurus selepas itu, tetapi si pencerca terus berdosa selagi meneruskan cercaannya. Rasulullah bersabda : ( «لا تُظْهِرِ الشَّمَاتةَ لأخيك فيعافِيَهُ الله ويبتليك .قَالَ أَحْمَدُ: قَالُوا: «مِنْ ذَنْبٍ قَدْ تَابَ مِنْهُ») Ertinya: Jangan zahirkan cerceaan kepada saudaranya (kerana dosa yang dilakukannya), nescaya nanti Allah mengampunkannya dan menguji kamu dengan (dosa yang sama). Berkata Imam Ahmad : iaitu atas satu dosa yang sudah pelaku itu sudah bertaubat. (Riwayat At-Tirmidzi & Tabarani - Hadis hasan bi sawahidihi menurut Abd Qadir al-Arnout) Atas sebab itu, para pengomen di facebook, berhati-hati terhadap apa jua berita kesalahan orang lain. Janganlah mengomen tanpa adab sopan dan mencintai cercaan.
Posted on: Thu, 16 Jan 2014 04:10:58 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015