Di Tanjung Sutera Resort di Sedili Besar, Kota Tinggi, seorang - TopicsExpress



          

Di Tanjung Sutera Resort di Sedili Besar, Kota Tinggi, seorang pekerja Indonesia kelihatan berlegar-legar di sekitarnya. Dia bersama tujuh orang lagi, yang kebanyakannya juga warga Indonesia, telah digaji untuk mengawal resort tersebut. surau and tanjung sutera resort in sedili besar kota tinggi 210813 signboardKehidupan mereka adalah tenang dan damai sehingga dua minggu lalu apabila kontroversi melanda resort tersebut selepas sebuah video disiarkan di Internet yang menunjukkan surau tersebut digunakan untuk meditasi oleh sekumpulan penganut Buddha dari Singapura. Sejurus selepas isu itu tercetus, resort itu ditutup dan pintu masuk ke situ dikunci. Hanya pekerja Indonesia dan rakan-rakannya tinggal di resort itu menunggu arahan selanjutnya dari majikan mereka. Mereka kamera-malu berdepan dengan kamera dan enggan ditemubual apabila wartawan Malaysiakini mendekati mereka di tempat kuarters penginapan mereka di resort itu Rabu lalu. Namun begitu, mereka cukup mesra dan bersedia untuk berbual dan dari perbualan tersebut, ternyata mereka masih dibayar gaji. Menurut pekerja yang bertanggungjawab itu, majikan mereka adalah "seorang yang baik" dan masih bermurah hati untuk terus membayar gaji mereka walaupun resort itu tidak lagi menerima tetamu. surau and tanjung sutera resort in sedili besar kota tinggi 210813 surauBagaimanapun, dia bimbang akan kehilangan periuk nasinya sekiranya majikannya membuat keputusan untuk menutup perniagaan itu ekoran kontroversi tersebut. Jika itu benar-benar berlaku, katanya, amat suka baginya untuk mendapatkan permit kerja yang lain. Notis amaran ditampal di surau Pemilik resort itu, seorang warga Singapura itu disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan, apabila dia membenarkan kumpulan Pelancong Buddha bermeditasi di surau itu. Beliau telah ditahan reman selama empat hari dan dibebaskan dengan bon polis pada 16 Ogos. Statusnya sebagai pemastautin Malaysia turut dibatalkan, bermakna dia tidak boleh bekerja atau memiliki aset komersil di negara ini, dan seperti pekerjanya dari Indonesia itu, dia perlu memohon permit kerja dan mencari rakan kongsi perniagaan rakyat Malaysia. Resort itu, yang terletak berhadapan dengan Laut China Selatan, terdiri daripada kawasan penginapan, kolam ikan, kolam renang, restoran, padang bola sepak serta kemudahan lain. Terdapat juga sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan, menunjukkan bahawa pemiliknya merancang untuk mengembangkan perniagaannya. Bagi surau yang mencetuskan kontroversi itu pula, ia merupakan bangunan yang berasingan terletak bersebelahan pintu masuk utama resort itu. surau and tanjung sutera resort in sedili besar kota tinggi 210813 big 03Suatu notis ditampal di dinding bersebelahan dengan pintu surau tersebut. Ia berbunyi : "Awas! Premis Ini Dibawah Pemantauan Jabatan Agama Johor". Pada bahagian lain dinding, terdapat dua surat amaran dari Majlis Perbandaran Kota Tinggi. Yang pertama menyatakan pemilik resort itu telah menyalahgunakan surau itu dan notis kedua mengarahkan pemilik merobohkan bangunan itu dalam tempoh tiga minggu. Kehidupan seperti biasa bagi penduduk tempatan Resort Tanjung Sutera itu terletak jauh di dalam sebuah ladang kelapa sawit, dengan kebanyakan penduduknya terlibat sama ada mengusahakan kelapa sawit atau memancing. Ia terletak kira-kira lima kilometer dari pekan terdekat dan kira-kira tiga kilometer dari jalan utama. Pengendali restoran di pekan Sedili Besar berkata penutupan resort itu tidak banyak menjejaskan perniagaannya kerana jarak yang jauh dan resort itu juga mempunyai restorannya sendiri. NONESeperti pekerja resort tersebut, pengendali restoran itu enggan memberitahu namanya, tetapi dia bersedia untuk berbual sambil mengelap meja. Menurutnya, kontroversi surau itu tidak menjadi perkara besar di kalangan penduduk tempatan, tetapi sebaliknya menjadi isu besar pada orang luar berbanding di kalangan penduduk di kawasan itu. "Kami hanya tahu mengenainya daripada laporan berita. Dan kami tidak begitu mengambil berat mengenainya satu dua hari selepas itu," katanya.
Posted on: Sun, 25 Aug 2013 02:55:59 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015