Ditahan miliki lebih 500 pil kuda Oleh: Wartawan Sinar Harian - TopicsExpress



          

Ditahan miliki lebih 500 pil kuda Oleh: Wartawan Sinar Harian Tarikh: October 1, 2013 PASIR PUTEH - Seorang lelaki berusia 29 tahun ditahan dan didapati memiliki dadah dipercayai pil kuda ketika polis mengawal lalu lintas di kawasan kemalangan membabitkan dua lori di Kampung Sungai Kelong, di sini, kelmarin.Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal berkata, suspek ditahan ketika beliau (Mohd Kamal) bersama timbalannya, Asisten Superintendan Azmir Damiri dan seorang anggota polis trafik, Koperal Nazri Jusoh mengawal kenderaan di kawasan tersebut.Menurutnya, suspek dikesan berada dalam keadaan mencurigakan serta tidak mempedulikan arahan polis supaya berhenti, menyebabkan polis mengesyaki sesuatu."Dia cuba lari apabila kami mengarahkannya berhenti. Tetapi suspek berjaya ditahan dan hasil pemeriksaan, kita dapati beg sandangnya berisi lebih 500 pil dipercayai dadah jenis pil kuda dengan anggaran nilai RM6,000."Polis bertindak apabila lelaki itu berkeras meneruskan perjalanan dalam keadaan sesak walaupun kita mengarahkan dia berhenti, manakala rakannya yang membonceng motosikal jenis Honda EX5 melarikan diri," katanya.Beliau berkata, wang tunai RM1,500 turut dirampas dan polis percaya lelaki terbabit adalah pengedar dadah kerana terdapat dua rekod lampau dalam kes berkaitan dadah.Tambahnya, ujian air kencing ke atas suspek menunjukkan keputusan positif dadah dan dia kini ditahan reman untuk disiasat mengikut Seksyen 39B dan 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.Dalam kes berasingan, Mohd Kamal berkata, seorang kanak-kanak lelaki maut dirempuh kenderaan pikap ketika cuba melintas jalan di Kilometer 50 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu di Kampung Bukit Yong, di sini, kelmarin.Katanya, dalam kejadian pada jam 5.30 petang itu, mangsa, Mohamad Badrul Amin Abdullah, 8 dikatakan melintas jalan untuk ke kedai runcit sebelum dirempuh kenderaan yang menghala ke Jerteh, Terengganu.“Rempuhan itu menyebabkan mangsa terpelanting dan mengalami kecederaan parah di kepala. Dia dikejarkan ke Hospital Tengku Anis dan disahkan meninggal dunia pada jam 8 malam,’ katanya.Beliau berkata, mangsa yang merupakan anak kedua daripada lima beradik itu sepatutnya diawasi keluarga untuk melintas jalan kerana kawasan itu terlalu berbahaya serta kerap berlaku kemalangan.
Posted on: Tue, 01 Oct 2013 05:00:36 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015