[#Hiburan] Hadiah untuk kaki wayang Tidak dapat dinafikan, - TopicsExpress



          

[#Hiburan] Hadiah untuk kaki wayang Tidak dapat dinafikan, filem sekuel dan ‘remake’ sentiasa mempunyai jutaan pengikutnya di seluruh dunia sejak dulu. Justeru, tidak hairanlah rata-rata pembikin filem di Hollywood masih memilih untuk menghasilkan filem sedemikian pada tahun ini. Malah, pemerhati filem juga melaporkan setakat ini, lebih 20 filem yang dihasilkan sepanjang 2014 membabitkan filem sekuel. Antara filem sekuel terbabit ialah Transformers : Age Of Extinction; The Amazing Spider-Man 2; X-Men Days of Future; 300 Rise Of An Empire; 3 Days To Kill; Dawn Of Planet Of The Apes; Hobbit : There and Back Again; How To Train Your Dragon 2 dan Captain America: The Winter Soldier. THE Amazing Spider-Man 2 X-MEN: Days of Future Past GODZILLA Tidak ketinggalan, pembikinan filem ‘remake’ yang turut mendapat sambutan ramai seperti Godzilla, Robocop, Pompeii, Meleficent, Dracula Untold dan Annie and Pinocchio serta banyak lagi. Bagaimanapun, senarai filem sekuel dan ‘remake’ yang dipaparkan dalam ruangan ini dipilih secara rawak. Begitu juga tarikh tayangan filem di pawagam seluruh dunia juga turut tertakluk pada pengedar filem berkenaan. Tiga filem sekuel hebat yang paling mencuri tumpuan dan dinantikan jutaan peminat filem di seluruh dunia ialah Transformers : Age Of Extinction, The Amazing Spider-Man 2 dan X-Men Days of Future. Berbanding sekuel sebelumnya iaitu Transformers : Revenge Of The Fallen dan Transformers: Dark Of The Moon, Transformer: Age Of Extinction garapan pengarah dan penerbit filem terkenal Amerika Syarikat, Michael Bay ini dijangka lebih hebat dan matang dengan menampilkan barisan pelakon yang semuanya baru tanpa pelakon asalnya, Shia LaBeouf. Kali ini, ia diterajui pelakon hebat Mark Wahlberg sebagai Cade Yeager dan Nicola Peltz (Tessa Yeager). Barisan pelakon lain ialah Abigail Klein, Stanley Tucci, Sophia Myles, Jack Reynor dan Peter Cullen yang melakonkan suara Optimus Prime. Filem genre aksi dan sains fiksyen yang kosnya mencecah ratusan juta dolar Amerika ini menceritakan mengenai hubungan bapa dan anak serta hubungan gadis itu dengan teman lelakinya bersama semua robot Transformers direka bentuk semula supaya kelihatan lebih mantap. Sekuel keempat yang diedarkan Paramount Pictures dan penerbit eksekutifnya, Steven Spielberg ini dijangka menjengah pawagam seluruh Amerika Syarikat pada 27 Jun ini. The Amazing Spider-Man 2 (Mei 2014) Selepas kejayaan filem The Amazing Spiderman, pengarahnya Marc Webb kembali lagi dengan penampilan semula Andrew Garfield sebagai watak utama Peter Parker dalam karya yang diadaptasi daripada komik Marvel itu. Andrew juga bergandingan dengan aktres Emma Stone yang memegang watak Gwen Stacy dalam sekuel baru ini. Bukan saja jalan cerita, pengarah dan pelakon yang baru, siri kali ini mengete�ngahkan sisi berbeza Peter Parker dengan karakter yang lebih ‘cool’ dari sebelumnya. Kali ini Peter terpaksa berdepan dengan syarikat misteri, Oscorp yang cuba menentang sekali gus mengganggu kehidupannnya. Pelakon: Andrew Garfield, Emma Stone, Jamie Foxx (Electro), Dane DeHaan (Harry Osborn) dan Paul Giamatti (The Rhino). X-Men: Days of Future Past (Mei 2014) Filem genre aksi dan fantasi arahan Bryan Singer ini memaparkan Professor X (lakonan Patrick Stewart) yang mengirim Wolverine (lakonan Hugh Jackman) untuk kembali ke masa lalu ia�itu pada 1973. Professor X juga menyuruh Wolverine untuk membantu Professor X di zaman muda dan mutan-mutan lainnya. Bagi menghentikan aksi daripada Sentinels, mereka semua harus bersatu. Sentinels adalah robot yang diprogram untuk menghancurkan golongan mutan. Kerana kelangsungan hidup mutan pada masa depan bergantung dengan kejayaan mereka di masa lalu. Justeru berjayakah mereka dalam misi berkenaan? Pelakon: James McAvoy, Michael Fassbender, Jennifer Lawrence, Hugh Jackman,Halle Berry, Nicholas Hoult, Ian McKellen, Patrick Stewart, Anna Paquin,Ellen Page, Shawn Ashmore, Lucas Till, Fan Bingbing, Peter Dinklage, BooBoo Stewart, Evan Peters 300 Rise of An Empire (Mac 2014) Filem genre aksi dan drama arahan Noam Murro ini memaparkan pertarungan baru antara dua kerajaan Yunani tua pada tahun 480 Sebelum Masihi. Pasukan kerajaan Persia cuba mengambil alih daerah Thermopylae selepas pertempuran berdarah yang dikenali dengan ‘Battle of Artemisium’ Pelakon : Sullivan Stapleton, Rodrigo Santoro, Eva Green Captain America: The Winter Soldier (April 2014) Filem genre aksi dan sains fiksyen arahan Anthony Russo dan Joe Russo ini menceritakan kisah selepas peristiwa bencana di New York dengan The Avengers. Kisah bermula dengan Steve Rogers (Captain America) yang hidup tenang dan mula menyesuaikan diri dengan dunia moden di Washington DC. Tapi ketika rekan S.H.I.E.L.D. diserang, Steve terbabit dalam laman web yang mengancam dunia. Bergabung dengan Black Widow, Captain America terpaksa berdepan dengan kontroversi untuk melawan pembunuh profesional yang dihantar untuk membunuhnya. Pelakon: Chris Evans, Frank Grillo dan Sebastian Stan Maleficent (Mei 2014) Filem aksi dan drama Maleficent arahan Robert Stromberg ini adalah di adaptasi dari cerita dongeng klasik Sleeping Beauty yang diberi nafas baru dengan penampilan aktres Angelina Jolie selaku teraju utamanya. Maleficent yang cantik dan berhati mulia ini hidup dalam sebuah kerajaan yang aman dan damai. Sehinggalah, muncul tentera kerajaan lain yang memusnahkan keharmonian yang dinikmatinya ketika itu. Pelakon : Angelina Jolie, Elle Fanning dan Sharlto Copley Godzilla (Mei 2014) Filem versi baru genre aksi dan fantasi arahan Gareth Edwards ini berkisar mengenai asal usul raksasa Godzilla yang muncul kembali untuk menyerang bandar dan penduduk bumi. Pelakon: Aaron Taylor-Johnson, Elizabeth Olsen dan Bryan Cranston How to Train Your Dragon 2 (Jun 2014) Filem animasi dan aksi arahan Dean DeBlois ini menceritakan selepas lima tahun sejak Hiccup dan Toothless berjaya bergabung dengan naga dan Vikings di Pulau Berk. Sementara itu, Astrid, Snotlout dan semua rakan-rakannya berdepan dengan cabaran antara satu sama lain. Pelakon : Jay Baruchel, Kristen Wiig, America Ferrera The Hobbit: There and Back Again (Disember 2014) Filem fantasi pengembaraan arahan Peter Jackson ini adalah sekuel ketiga dan terakhir dalam trilogi The Hobbit selepas The Hobbit: An Unexpected Journey dan The Hobbit: The Desolation of Smaug. Kisah bermula dengan pertempuran lima pasukan dan kemudian cerita akan berkisar pada Bilbo Baggins ketika dia kembali rumah dan Gandalf pula ketika dia dapat tahu Necromancer adalah Sauron. Pelakon : Benedict Cumberbatch, Evangeline Lilly dan Cate Blanchett Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/15
Posted on: Sat, 15 Feb 2014 18:12:59 +0000

Trending Topics




© 2015