Instaforex Broker Antarabangsa InstaForex amat berbesar hati - TopicsExpress



          

Instaforex Broker Antarabangsa InstaForex amat berbesar hati menjemput para pelanggan dan rakan kongsi kami sekali lagi untuk menyertai acara gilang-gemilang - Majlis Makan Malam Perdana InstaForex 2013. Acara makan malam ini akan berlangsung pada 7 Disember, 2013 bertempat di Hotel Istana, Kuala Lumpur, merupakan salah sebuah hotel terkemuka bertaraf lima bintang di Malaysia. Majlis Makan Malam Perdana InstaForex 2013 ini adalah merupakan platform yang terbaik untuk para pedagang berkomunikasi dengan rakan-rakan pedagang yang lain dan juga wakil-wakil broker. Ini merupakan peluang keemasan bagi para pedagang untuk mengeratkan lagi hubungan perdagangan. Pembentangan laporan daripada ahli profesional dalam industri Forex akan menjadi acara kemuncak pada Majlis Para tetamu juga akan dihiburkan dengan persembahan menarik oleh artis terkenal Malaysia dan hadiah-hadiah lumayan dari pihak InstaForex. Secara tradisinya, kemudahan bas untuk perjalanan pergi dan balik akan disediakan secara percuma untuk pelanggan-pelanggan InstaForex bagi kawasan-kawasan yang berikut: Negeri Sembilan, Johor, Pulau Pinang, Terengganu, Shah Alam, Kelantan, Kota Bharu, dan Ipoh.
Posted on: Tue, 10 Sep 2013 00:49:54 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015