Intro paling KRITIS utk Cina Muslim ttg Solat: BUKU - TopicsExpress



          

Intro paling KRITIS utk Cina Muslim ttg Solat: BUKU DR.ZAHARUDDIN Bagi Cina Muslim yg sudah tau bersolat, sudah tiba masanya membaca buku2 yg ILMIAH/KRITIS ttg solat. Budaya Kiasu (PANTANG KALAH) melarang kita berada di tahap “Muallaf” atau “orang awam”. Kena kiasu bukan sekadar dalam bidang ekonomi dan politik tetapi juga dalam ilmu agama kalau kita benar-benar MEMILIH Islam sebagai nyawa kita. Kita perlu membaca buku2 agama yg tidak “memuallafkan” IQ kita: yg membuat kita taksub pada SATU pendapat/mazhab seolah2 pendapat satu ini sahaja yg patut tau. Za’ba, seorang pemikir Melayu yg futuristic, telah mengkritik budaya yg anti “perangai bergantung pada diri”. Baca buku Za’ba ini supaya JANGAN KALAH dgn budaya yg akan membunuh jati diri kita secara tak sedar. Buku Ilmiah Intro yg pertama ttg solat yg saya rekomen ialah FORMULA SOLAT oleh Dr.Zaharuddin. Beli EDISI KEMASKINI. Wlpn ia ‘intro’, tetapi cara penulisannya mematangkan IQ kita. Wlpn kita mungkin tidak setuju dgn SEMUA perkara dlm buku ini, tetapi ia mencabar sbg “intellectual catalyst” supaya kita terus membuat kajian selanjutnya ttg isu-isu yg dibangkitkan dari pelbagai perspektif dan mazhab, dan tidak mudah KALAH pd satu perspektif sahaja. Apa yg KRITISnya buku ini? e.g. Buku solat utk ‘minda orang awam/muallaf’ akan buat ayat simple spt ini: “MEMBACA AL-FATIHAH ADALAH RUKUN SOLAT”. Dalam buku Dr.Zaharuddin ini, beliau menulis, “MAJORITI MAZHAB MENGATAKAN membaca al-Fatihah adalah rukun.” Tambahan frasa ‘Majoriti Mazhab Mengatakan’ melatih kita berfikir SECARA PRECISION dan tertanya2 mengapa tiada IJMA ulama ttg al-fatihah sbg rukun solat. Bukan hentam suka hati dgn ayat overgeneralizatio seolah-olah ada IJMA ulama dlm soal ini, lalu minda kita ditutup utk berbincang kritis. Buku ini juga dgn kreatifnya mengaitkan khusyu’ dlm solat dgn prob Aqidah/Akhlak. Biasanya buku biasa ttg solat hanya akan bgtau TATATERTIB SOLAT tp tidak ttg bagaimana capai khusyu dalam solat. Ada buku yg bagitau ttg bagaimana capai khusyu, tetapi terlalu oversimplistic seolah-olah ada pil khusyu spiritual dimana kita hanya perlu makan je pil ini tanpa perubahan akhlaq kita. Ramai antara kita pergi kursus “motivasi spiritual, nyanyi nasyid, menangis2” tetapi tak ada islah diri pun. Logik dr.Zaharuddin ialah: NAK KHUSYU DLM SOLAT? BETULKAN AQIDAH DAN AKHLAK ANDA WLPN CARA INI PAHIT. Maka, beliau highlight masalah2 aqidah dan akhlak dlm umat kita di Msia. e.g. Rasuah adalah salah satu punca mengapa solat tak khusyu! Satu lagi punca solat tak khusyu ialah: meramalkan rezeki bertambah hanya dgn MENGGANTUNG AYAT SERIBU DINAR di rumah atau dikedai! Membaca buku solat ini menjadikan Cina Muslim MAKIN CERDIK sebagai social activist! Mesej buku ini ialah: MEMAHAMI ROH SOLAT AKAN MEREVOLUSIKAN DUNIA! Tetapi tiada buku yg sempurna spt al-Qur’an. Bila kita baca ANY BOOK, kita kena cari KESILAPAN/KELEMAHANNYA/ISU2 YG BOLEH DIPERDEBATKAN walau mcmmana kecil sekali pun supaya kita tidak taksub pada buku / penulis itu dan supaya dapat membina umat yg makin kritis. e.g. ttg isu menambah ‘saidina’ dalam solat, Dr.Zaharuddin setuju dgn Prof. Kamil Musa yg berpendapat, “tiada sebarang masalah BESAR jika menambah, cumanya berpegang teguh dgn nas adalah lebih baik”. Kita boleh tanya tak ‘BESAR’ dari perspektif apa? Kalau menambah ‘saidina’ boleh menimbulkan percanggahan dgn usul sebagaimana yg dihujah oleh sbhgn ulama yg membid’ah dholalahkan ‘saidina dalam solat’, ini boleh jadi isu “besar”. Apakah maqasid yg menentukan samada masalah itu ‘besar’ atau ‘kecil’? Cara buku ini “mengayat” ttg isu ini lebih kpd RETORIK memandang ia adalah isu yg amat sensitif. Juga ada kesilapan typing dalam Arabic. Hadis Abu Daud ttg Solat pada kulit hijau tepi buku. Ditaip انظروا في صلاة عبدي: أتمها أم نقصها؟ فإن كانت تامّةٌ , كتبت له تامّةٌ Kedua2 “taammatUN” di atas sepatutnya ialah taammatAN dr segi nahu Arab. Typing dalam Arabic memang susah krn baris terlalu kecil. Overall, buku ini amat teliti dari segi baris sehingga kalimah dgn ‘alif tanpa hamzah’ (hamzah wasal) dan ‘alif berhamzah’ (hamzah qat’) dibezakan. SO FAR PADA PENDAPAT SAYA, buku ini adalah buku tulisan Malaysian yg simple tp paling kritis/ilmiah sebagai buku intro/catalyst yg MENGALAKKAN KITA BERFIKIR DILUAR KOTAK DAN MENCABAR KITA UTK BUAT FURTHER RESEARCH DLM ISU2 YG BERKAITAN DGN SOLAT. Kita kena belajar menulis/berfikir cara buku ini supaya kita JADI LEBIH KRITIS DARI BUKU INI SATU HARI NANTI! SEMUA MINDA KIASU WAJIB BACA BUKU INI. XIFU NASER AL-MAJNUN fb: xifu naser II hp: 011-3310-2071
Posted on: Tue, 24 Sep 2013 02:24:54 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015