KALI TERAKHIR BERKHIDMAT Ketika kali terakhir saya sebagai - TopicsExpress



          

KALI TERAKHIR BERKHIDMAT Ketika kali terakhir saya sebagai arkitek di sana, saya ditugaskan untuk berkhidmat di unit rekabentuk bangunan. Projek-projek nya adalah terdiri daripada hospital dan klinik kesihatan. Semasa membuat lawatan tapak pada hospital sediaada saya melihat sendiri dengan hati akan keadaan pesakit-pesakit yang berada di hospital tersebut. Paling menyayatkan hati ketika melihat seorang bayi kecil yang tinggal dalam inkubator. Lalu saya bertanyakan pada si ibu yang duduk di sebelah inkubator anaknya sudah berapa lama si bayi tinggal di hospital. Si ibu menjawab sudah 6 bulan. Hati saya tersentap. Lamanya. Saya bertanya pula apa sakitnya. Lalu si ibu menjawab anaknya dilahirkan dengan salur pemakanan yang pendek, sekarang tunggu dan berharap salur makanan anaknya tumbuh sehingga ke perut seperti orang biasa. Ya Allah..sungguh terkejut saya. Lantas saya terpandang di sebalik perut kecil bayi tersebut berselirat dengan tiub. Kata si ibu, tiub tersebut dugunakan untuk memasukkan susu direct ke dalam perut si anak. HATI SEBAK Saya tak dapat tahan hati yang sebak, saya segera keluar dari wad icu baby tersebut yang ketika itu pasukan bina yang lain sedang dalam perbincangan di kawasan tersebut terhadap proses menaik taraf keadaan hospital yang usang itu. Saya ke korridor dan menangis. Semasa dalam perjalanan ke korridor saya sempat lalu dan terpandang kanak-kanak yang sedang menangis kerana sedang menjalankan prosuder sedut kahak. Anak tersebut diikat dengan selimut dan meronta-ronta. Salur tersebut dimasukkan dari hidung. Siapa yang tidak rimas. TERINGAT ANAK-ANAK Ketika itu terlintas di minda saya apa khabar anak-anak saya. Ketika itu anak-anak saya juga berada di hospital dan perlu jalani prosuder yang sama seperti kanak-kanak yang dilihat sedang menjalani proses sedut kahak tadi. Saya telefon suami dan menangis teresak-esak menceritakan kehibaan dan kesayuan hati sejak 2-3 hari berada di tapak melihat sendiri keadaan mereka yang sakit. Paling hiba bila lihat pesakit kanak-kanak dan teringat anak-anak sendiri yang berada di hospital. EPILOG KISAH PENJAGAAN ANAK Begitulah saya hari demi hari. Minggu demi minggu. 4 tahun bergelar ibu, asal hantar anak ke nursery je pasti rasa nak nangis. Hantar anak seawal pukul 6.30 pagi (yang paling awal) dan ambil pukul 6.30-7.00 petang (yang paling lewat) Antara yang menyentuh hati bila si kakak (3 tahun pada masa itu) bertanya, kenapa mummy amik kakak lambat? 4 tahun bergelar ibu, 4 tahun bekerja, 4 tahun hantar anak-anak ke nursery, bertukar tangan lebih 4 kali. Ada kes anak saya di susu kan oleh kenalan yang sudi menjaga anak saya tanpa memberitahu saya dan suami. Kami kecewa kerana mereka tidak hirau akan kepentingan adab-adab menyusu kan anak orang lain. Akhirnya dia membuka cerita bila melihat anak saya sedang menyusu dengan saya. Dia kemudiannya dengan bangga menceritakan anak saya juga suka akan susu dia. Bukannye kita boleh main2 dengan hukum ni. Saya dan suami buat keputusan hantar saja ke nursery. Sebelum tu kami hantar ke rumah pengasuh yang merupakan seorang nenek yang masih kuat. Namun kerap kali kami dibekalkan dengan baju dan tuala kanak-kanak lain. Pampers dan susu anak seolah-olah tidak terusik. Pernah saya balik tengah hari dan singgah ke rumah pengasuh nak ambil anak, saya boleh lepas masuk sampai ke ruang tamu dan baby saya terkapai sorang-sorang di ruang tamu, nenek tersebut sedang buang air besar katanya sejurus terserempak dengan saya yang sedang memangku menyusukan anak saya di sofaya. Banyak kisah yang terjadi, termasuklah anak saya dijangkiti penyakit kaki tangan dan mulut serta chicken pox seawal usia 9 bulan. Dokter kata bertuah badan sebab bayi saya kuat sistem imun nya. Ada bayi yang tidak dapat tahan penyakit seawal usia tersebut.
Posted on: Wed, 05 Jun 2013 14:46:29 +0000

© 2015