[ KENALI PEJUANG MUHAQQIQIN ] *mungkin inilah maksud yg - TopicsExpress



          

[ KENALI PEJUANG MUHAQQIQIN ] *mungkin inilah maksud yg diceritakan oleh guru kami tentang Imam Hassan Al Banna >>> KESUFIAN IMAM ASY SYAHID HASAN AL-BANNA...GAMBAR KEDUA ADALAH MURABBI BELIAU,SYEIKH TARIQAT HUSOFIYAH SYAZULIYAH,SYEIKH ABDUL WAHAB AL-HUSOFI..:-) Adapun sudut kesufian Imam Hasan Al-Banna, maka pengalaman kecintaan Imam Hasan Al-Banna terhadap kesufian dan golongan sufi yang sangat mendalam turut beliau kongsikan dalam buku Muzakkirat Ad-Da’wah wa Ad-Da’iyyah. Antaranya, beliau berkata: وظللت معلق القلب بالشيخ حسنين الحصافى رحمه الله حتى التحقت بمدرسة المعلمين الأولية بدمنهور مدفن الشيخ وضريحه وقواعد مسجده الذى لم يكن تم حينذاك , و تم بعد ذلك , و كنت مواظبا على الحضرة فى مسجد التوبة فى كل ليلة , وسألت عن مقدم الإخوان فعرفت أنه الرجل الصالح الشيخ بسيونى العبد التاجر , فرجوته أن يأذن لى بأخذ العهد عليه ففعل ووعدنى بأنه سيقدمنى للسيد عبد الوهاب عند حضوره , ولم اكن إلى هذا الوقت قد بايعت احدا فى الطريق بيعة رسمية وإنما كنت محبا وفق إصلاحهم Maksudnya: “Saya masih terikat hati (kasih) kepada Sheikh Hasanain Al-Husofi (mursyid kepada ayahndanya) sehinggalah saya masuk sekolah Al-Mu’allimin Al-Awwaliyyah di Damanhur, di mana tempat tersebut dikebumikan Sheikh dan kuburnya, begitu juga tiang-tiang asas masjid di sekitarnya yang masih belum siap ketika itu, namun sudah siap setelah itu. Saya sentiasa mengikutHadrah (majlis zikir) di masjid At-Taubah pada setiap malam. Lalu saya bertanya tentang muqoddam (wakil mursyid)Al-Ikhwan (murid-murid tarikat tersebut), maka saya kenal, beliau seorang yang soleh, iaitulah Sheikh Besyuni seorang hamba soleh lagi peniaga. “Lalu saya mengharapkan agar beliau mengizinkan saya untuk mengambil bai’ah daripadanya (tarbiah sufiyyah) lalu beliau turuti lalu berjanji untuk membawaku kepada As-Sayyid Abdul Wahab (Al-Husofi, iaitu anaknda Sheikh Hasanain Al-Husofi) jika sekiranya beliau hadir. Saya tidak pernah sampai pada waktu ini (waktu ambil bai’ah tersebut), mengambil bai’ah daripada mana-mana murobbi tarikat dengan bai’ah rasmi (sebelum itu), walaupun saya mencintai kebaikan mereka.” Lalu beliau berkata lagi: وحضر السيد عبد الوهاب - نفع الله به - إلى دمنهور و أخبرنى الإخوان بذلك فكنت شديد الفرح لهذا النبأ , وذهبت إلى الوالد الشيخ بسيونى و رجوته أن يقدمنى للشيخ ففعل . وكان ذلك عقب صلاة العصر من يوم4 رمضان سنة 1342 هـ , وإذا لم تخنى الذاكرة . فقد كان يوافق الأحد حيث تلقيت الحصافية الشاذلية عنده وأذننى بأورادها ووظائفها Maksudnya: “Ketika As-Sayyid Abdul Wahab –semoga Allah memberi manfaat dengannya- hadir ke Damanhur, lalu teman-teman memberitahuku tentangnya, maka saya teramat gembira dengan berita tersebut. Maka saya pun pergi kepada ayahnda (gelaran bagi murobbinya) Sheikh Besyuni dan saya harap agar beliau membawaku berjumpa Sheikh (Al-Husofi) lalu beliau melakukannya. Pertemuan itu berlaku setelah solat Asar pada 4 Ramadhan tahun 1342 Hijrah, jika tidak salah dalam ingatan. Hari itu bertepatan dengan hari Ahad di mana saya mula mengambil At-Tariqah Al-Husofiyyah As-Syaziliyyah daripadanya lalu beliau memberi izin untuk membaca wirid dan wazho’ifnya (yang mana wazho’if ini dikenali sebagai Ma’thurat oleh Hasan Al-Banna ketika menubuhkan Ikhwan). [Muzakkirat Ad-Da’wah wa Ad-Da’iyyah: 25] Hal ini sangat jelas sebagaimana menurut Imam Hasan Al-Banna r.a., beliau mencari seorang mursyid murobbi sufi yang benar-benar berpegang teguh kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah. Beliau sangat tertarik dengan Sheikh Murobbi sufi bernama Sheikh Al-Hasanain Al-Husofi. Namun, beliau tidak sempat mengambil tarbiah daripada sheikh tersebut kerana sheikh tersebut sudah meninggal dunia. Namun, beliau mengambil tarbiah sufi daripada anaknda Sheikh Al-Hasanain bernama Sheikh Abdul Wahab Al-Husofi r.a. yang mengikut jejak langkah ayahndanya yang sangat berpegang teguh dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah dalam manhaj tarbiah. Imam Hasan Al-Banna mengakui keagungan manhaj tarbiah sufiyyah yang tidak akan dapat diganti oleh mana-mana manhaj lain sebagaimana dalam perkataan beliau dalam buku yang sama: “Tidak syak juga bahawasanya, dengan ilmu tersebut (tasawwuf), golongan sufi telah mencapai mertabat yang tinggi dalam membaiki jiwa dan mengubatinya, dalam menjadi penawar kepada penyakit jiwa dan menjadi doktor dalam bidang kerohanian,yang tidak dicapai oleh para murobbi yang bukan dari kalangan mereka (golongan sufi).” . Dalam ungkapan lain, beliau berkata: “Tidak syak lagi bahawasanya dengan berpegang kepada kaedah-kaedah tasawwuf dalam bidang tarbiah dan suluk membawa kesan yang sangat kuat dalam jiwa dan hati seseorang. Bahkan, kata-kata para sufi dalam bab tarbiah ini mempunyai kesan yang sangat mendalam, yang tidak akan didapati daripada kata-kata selain daripada golongan sufi…” [ibid] Imam Hasan Al-Banna juga memberi ruang luas kepada pengikutnya untuk mengambil tarbiah khusus daripada para murobbi sufi yang kamil. Malah, Imam Hasan Al-Banna juga mempunyai idea yang sangat jelas dalam dakwah iaitu, tidak terlalu pentingkan nama jamaah. Baginya, siapa sahaja yang sama fikrah dengan Ikhwan adalah dari kalangan Al-Ikhwan walaupun bukan dari kalangan ahli Al-Ikhwan. Malah, siapa sahaja yang tidak mempunyai fikrah sebenar ikhwan dianggap bukan daripada Al-Ikhwan walaupun berada dalam jemaah tersebut. Oleh kerana itulah, Imam Hasan Al-Banna mempunyai ramai rakan karib khususnya dari kalangan para ulama’. Beliau sendiri tidak menjauhi ulama’ dan merasakan diri boleh berdakwah tanpa bantuan mereka, namun beliau sentiasa mengharapkan kerjasama khusus daripada golongan sufi dan ulama’ Al-Azhar (khususnya di Mesir), agar dakwah mereka terus berkembang. Antara ulama’ tersebut yang beliau dampingi (khususnya sejak dari awal usia) beliau adalah seperti Sheikh Yusuf Ad-Dijiwi, Sheikh Muhammad Hafiz At-Tijani, Sheikh Abdul Wahab Al-Husofi, Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah dan sebagainya. Ini menyebabkan pada awal dakwah Al-Ikhwan, ramai ulama’ Al-Azhar membantu dalam menyebarkan risalah dakwah tersebut. Ini disebabkan eratnya hubungan Imam Hasan Al-Banna dengan ulama’ tradisional di Mesir. Biarpun Imam Hasan Al-Banna membentuk jemaah dakwah yang baru, namun beliau tetap beriltizam dengan zikir-zikir yang telah beliau ambil daripada tarikat husofiyyah. Sheikhu Sheikhna Abu Al-Hasan Ali An-Nadwi berkata dalam menceritakan tentang Imam Hasan Al-Banna: "وقد حدثني كبار رجاله و خواص أصحابه أنه بقى متمسكا بهذة الأأشغال و الأوراد إلى آخر عهده Maksudnya: “Pemimpin besar dan teman-teman rapatnya (Imam Hasan Al-Banna) memberitahuku bahawasanya beliau (Imam Hasan) sentiasa berpegang dengan wirid-wirid dan amalannya (Tarikat Husofiyyah) sehingga akhir usianya [At-Tafsir As-Siyasi lil Islam: 130] Malah, jemaah ikhwan juga dikaitkan dengan sufi sebagaimana diakui oleh Imam Hasan Al-Banna sendiri dengan slogannya antaranya “hakikat sufiyyah” dan dijadikan antara dua intipati utama jemaah Ikhwan iaitu “Sufi ‘Askari”. Sudut Kesufian Imam Hasan Al-Banna r.a.: Di sisi Para Ulama’ Ikhwan Sheikh Sa’id Hawwa, seorang ulama’ sufi dalam jemaah Ikhwan berkata: ثم إن الإخوان المسلمين نفسها أنشأها صوفي و أخذت حقيقة التصوف دون سلبياته Maksudnya: “Kemudian Al-Ikhwan Al-Muslimin itu sendiri diasaskan oleh seorang sufi yang mengambil hakikat tasawwuf tanpa sudut negatifnya (yang berlaku dalam sesetengah orang yang menisbahkan diri kepada sufi tetapi jahil). [Jaulat min Al-Fiqhain: 154] Dalam penggunaan jemaah Ikhwan juga, mereka mengambil istilah golongan sufi iaitu istilah mursyid yang digunakan oleh madrasah tarbiah sufiyyah sejak zaman berzaman. Ini merupakan isyarat yang jelas pengaruh manhaj sufi dalam Ikhwan walaupun sebahagian golongan pemuda yang menisbahkan diri kepada dakwah Hasan Al-Banna menjauhi golongan sufimuhaqqiq (berpegang teguh kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah). Mereka dan Imam Hasan Al-Banna jauh masyrabnya (minuman kerohanian) yang sangat cenderung kepada mencintai kaum sufi. Oleh kerana itu juga, Sheikh Sa’id Hawwa menjelaskan bahawasanya, Imam Hasan Al-Banna sudah mencapai tahap mursyid kamil, suatu tahap yang melayakkan Imam Hasan Al-Banna memberi tarbiah khusus (kerohanian) kepada muridnya (ahli Al-Ikhwan), di sisi manhaj tarbiah sufi. [rujuk Tarbiyatuna Ar-Ruhiyyah: m/s 21] Malah, menurut Sheikh Sa’id Hawwa lagi, sememangnya mursyid kamil (di sisi manhaj tarbiah kaum sufi) adalah pewaris Nabi –shollaLlahu ‘alaihi wasallam- yang sempurna khususnya dalam bidang tarbiah. [Tarbiyatuna Ar-Ruhiyyah: 159] Sheikh Sa’id Hawwa berkata lagi secara khusus tentang tasawwuf dan kesufian dalam Ikhwan Muslimin dengan berkata: ولقد كتبت كتاب (تربيتنا الروحية) لتوضيح أحد مواضيع الفقهين الكبير و الأكبر وهو موضوع التصوف المحرر لأضع الأمور في مواضعها في قضية الحقيقة الصوفية التي هي إحدى السمات الرئيسية لدعوة الأستاذ البنا رحمه الله Maksudnya: “Saya telah menulis kitab Tarbiyyatuna Ar-Ruhiyyah untuk menjelaskan salah satu daripada dua Fiqh samada Fiqh Al-Kabir dan Fiqh Al-Akbar iaitulah perbahasan “Tasawwuf Al-Muharrar” (yang bebas daripada sudut pandang yang samar-samar) untuk menjelaskan beberapa perkara khususnya melibatkan topik Hakikat Kesufian yang merupakan salah satu ciri-ciri khusus yang utama bagi dakwah Ustaz Al-Banna r.a..” [Al-Jaulaat: 17] Imam Hasan Al-Banna juga mengambil idea Islah dengan mafhum yang menyeluruh (syumul) dan usul dakwah yang berkesan daripada mursyid beliau, Imam Abdul Wahab Al-Husofi r.a.. Maka, dengan bimbingan kerohanian yang mendalam melalui madrasah sufi inilah akhirnya membuka ruang pemikiran yang luas dengan disinari suluhan limpahan cahaya Allah s.w.t.. * sekadar perkongsian...
Posted on: Mon, 16 Sep 2013 02:03:15 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015