KENYATAAN MEDIA PAS mengecam tindakan rampas kuasa Mesir, minta - TopicsExpress



          

KENYATAAN MEDIA PAS mengecam tindakan rampas kuasa Mesir, minta elak perang saudara PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tentera Mesir merampas kuasa Presiden Mohamed Morsi, yang dipilih rakyat melalui jalan demokrasi yang sah iaitu pilihanraya yang adil dan bersih. Kemenangan Mohamed Morsi telah dirampas melalui cara yang paling tidak demokratik dan penuh kezaliman. PAS juga mengutuk tindakan media massa di Malaysia yang melabel Morsi sebagai regim diktator. PAS berharap semua pihak di Mesir mengelak melakukan provokasi yang boleh mencetuskan perang saudara. PAS menyeru umat Islam di Malaysia untuk melakukan solat dan munajat selepas sembahyang Jumaat besok memohon bantuan Allah pada mereka yang dizalimi di Mesir. Buat Presiden Morsi dan Gerakan Islam Ikhwan Muslimin Mesir supaya bertahan, tabah dan tidak tunduk kepada tekanan perusuh. Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Penerangan PAS Pusat 4 Julai 2013
Posted on: Thu, 04 Jul 2013 09:47:09 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015