KISAH ASHABUL KAHFI - 7 PEMUDA TERTIDUR 309 TAHUN Kisah Ashabul - TopicsExpress



          

KISAH ASHABUL KAHFI - 7 PEMUDA TERTIDUR 309 TAHUN Kisah Ashabul kahfi disebut oleh Allah dalam Surah Al-Kahfi ( ayat 9- 26 ) iaitu antara surah yg digalakkan membacanya pada hari Jumaat.. iaitu kisah pengalaman sekumpulan hamba Allah yang soleh ditidurkan selama 309 tahun di dalam gua. Menurut Ulama tafsir, para penghuni gua itu berjumlah tujuh (7) orang . Mereka dipercayai hidup dalam zaman Maharaja Dikyanus yang menyembah berhala dan dikenali sangat bengis dan zalimnya. Kerana enggan tunduk kepada perintah Dikyanus yang menyembah berhala, tujuh orang pemuda itu pun lari dan bersembunyi di dalam sebuah gua untuk bermalam sementara sebelum meneruskan perjalanan ke tempat yang lebih jauh. Tetapi bila mereka tidur pada malam itu, mereka tidak tahu bahawa Allah telah menidurkan mereka bukan hanya satu malam tetapi 309 tahun. Manusia biasa yang tidur selama 309 tahun pastilah mati. Selama itu tubuh mereka pastilah hancur dan pakaian mereka reput. Tetapi Allah memelihara tubuh dan pakaian Ashabul Kahfi itu seperti asalnya. Bila mereka dibangunkan oleh Allah dari tidur itu, dan melihat perubahan besar yang berlaku di negeri mereka , barulah mereka sedar bahawa mereka telah tidur di dalam gua itu terlalu lama. Sebaik mereka terjaga dari tidur, terasalah perut mereka lapar. Mereka memutuskan untuk mengirim seorang daripada mereka pergi ke bandar membeli makanan. Tetapi malangnya, mata wang yang mereka berikan untuk membeli makanan itu tidak laku lagi pada masa itu dan tidak diterima oleh penjual makanan. Mata wang itu sudah berusia 300 tahun. Raja zalim yang mereka takuti dahulu pun telah mati dan penduduk negara itu semuanya telah beriman kepada Allah. Maka tidak perlu lagi mereka bersembunyi di dalam gua itu.
Posted on: Thu, 26 Sep 2013 22:48:58 +0000

Trending Topics



b>
see last update 22nd 03:07 utc ..... On Thursday a joint daily
Price: 289,000 Toyota Vios 2006 Model 1.3 E ALL POWERED
Another fantastic article from precision nutrition on achieving
v class="stbody" style="min-height:30px;">
We have decided here at Skynet Audio to go full guerrilla style

Recently Viewed Topics




© 2015