Kadang kala saya terfikir sendiri,entahlah,tiba tiba ada satu - TopicsExpress



          

Kadang kala saya terfikir sendiri,entahlah,tiba tiba ada satu perasaan yang pedih dan kecewa. Adakah yang berhormat wakil rakyat kita ini tahu tidak bahawa masih terdapat banyak tempat yang serba kurang lengkap kemudahan jalan raya dan infrastrukturnya,terutamanya di pedalaman sarawak. Bagi penduduk di pedalaman sana,cukuplah sekadar naikkan taraf hidup mereka,tak perlu duit itu digunakan untuk membina bangunan tertinggi di kuala lumpur dan apa apa shopping mall kerana bagi mereka benda itu tidak dapat membantu mereka. Ambil contoh yang terdekat,ini merupakan jalan poyut yang becak dan berlubang lubang. Keadaan ini mengancam keselamatan pengguna jalan raya,dan merosakkan kenderaan mereka. Keadaan ini sudah berlanjutan sekian lama dan belum ada tindakan daripada pihak berkenaan. Banyak pihak yang merungut tetapi tidak menyuarakannya. Di sini,saya menyerulah kepada pihak berkaitan supaya sentiasa peka dan menjaga kebajikan rakyat. Sekali lagi saya tegaskan di sini bahawa saya bukan seorang ahli politik dan hanya seorang pengguna jalan tersebut dan ingin menyampaikan ketidakpuashati saya sahaja.
Posted on: Fri, 18 Oct 2013 08:50:52 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015