Kebaikan Mandi Sebelum Subuh Mandi awal pagi bukan sahaja - TopicsExpress



          

Kebaikan Mandi Sebelum Subuh Mandi awal pagi bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan. Malah mandi awal pagi iaitu sebelum solat Subuh merupakan antara amalan Rasululah SAW. Antara manfaat mandi awal pagi ialah: #Melancarkan peredaran darah Jika peredaran darah lancar maka tubuh akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. #Kulit lebih lembut dan halus Mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan lingkaran gelap bawah mata. Kuku juga akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus. #Meningkatkan kesuburan Tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila mandi pada waktu pagi. Justeru, dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita. #Mengurangkan risiko darah tinggi Insyaallah jika diamalkan selalu, risiko untuk mendapat penyakit ini akan berkurangan. Jangan lupa diiringi doa juga. #Mengurangkan tekanan serta tenang Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk menghilangkannya. #Meningkatkan sel darah putih Mandi dengan air sejuk akan meningkatkan sel darah putih. Apabila sel darah putih banyak maka daya tahan tubuh terhadap penyakit pun meningkat. p/s: Jom ikut sunnah…Buat pesakit SIHIR, sesuai diamalkan, sentiasa lakukan Sunnah Rasulullah demi mengurangkan gangguan SIHIR.
Posted on: Sun, 10 Nov 2013 16:18:51 +0000

Trending Topics




© 2015