Larian Untukmu Gaza kumpul RM500,000 2013/11/04 - 04:42:30 AM - TopicsExpress



          

Larian Untukmu Gaza kumpul RM500,000 2013/11/04 - 04:42:30 AM Kuala Lumpur: Sebanyak RM500, 000 berjaya dikumpul sempena program Larian Untukmu Gaza anjuran Aman Palestin Bhd di perkarangan Wangsa Walk, Wangsa Maju di sini, semalam. Acara bermula pada jam 7 hingga 9 pagi itu disertai 1,500 peserta dan dilancarkan oleh Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari. Ketua Pegawai Eksekutif, Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut, berkata larian sejauh 10 kilometer (km) itu julung kali diadakan dan kebanyakan peserta membabitkan belia dan kanak-kanak. “Ia membuktikan keprihatinan rakyat Malaysia yang terus memberi sokongan dengan menyertai program larian ini sambil menderma untuk Tabung Palestin. “Semua yuran penyertaan dikumpul sebagai satu dana untuk diagihkan kepada penduduk Palestin di Gaza dan Tebing Barat yang ditindas rejim Israel, ” katanya pada sidang media, semalam. Sebelum ini, Aman Palestin menyumbang RM1.2 juta hasil sumbangan sempena program Tabung Korban kepada penduduk Palestin. Awang Suffian berkata, sumbangan itu digunakan penduduk Palestin untuk meningkat taraf pendidikan dan kesihatan selain pembangunan infrastruktur. #BH
Posted on: Sun, 03 Nov 2013 23:50:05 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015