Makluman Pelantikan Jawatan Dalam Kepimpinan PAS Pusat Untuk Sesi - TopicsExpress



          

Makluman Pelantikan Jawatan Dalam Kepimpinan PAS Pusat Untuk Sesi 2013-2015 Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang pertama selepas Muktamar Agung Tahunan PAS ke 59 yang baru sahaja berakhir pada minggu yang lalu telah diadakan pada hari ini, Ahad 1 Disember 2013 di Pejabat Agung PAS Pusat. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh saya selaku Presiden Parti, dan dihadiri oleh Timbalan Presiden, semua Naib Presiden, dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Mesyuarat telah berbincang dan membuat keputusan jawatan lantikan mengikut perincian berikut : 1.Setiausaha Agung PAS - Dato’ Hj Mustafa Ali 2.Bendahari - YAB Dato Ahmad Yaakob 3.Ketua Penerangan - YB Dato’ Mahfuz Omar 4.Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat – YB Dr Mohd Hatta Ramli Persuruhjaya PAS Negeri/ Wilayah 1.Kelantan - YAB Dato Ahmad Yaakob 2.Terengganu - YB Ustaz Saiful Bahri Mamat 3.Pahang – Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man 4.Johor - YB Tn. Hj Aminulhuda Hassan 5.Melaka – Sdr Adly Zahari 6.Negeri Sembilan - Sdr Mohd Taufek Abdul Ghani 7.Selangor - YB Iskandar Abdul Samad 8.Perak - Tn Hj Razman b. Zakaria 9.Kedah - YB Dato’ Mahfuz Omar 10.Perlis - YB Mohd Shukri bin Ramli 11.W Persekutuan – Tn. Hj Mohammad Noor Mohammad 12.Sabah - Sdr Mohd Aminuddin Aling 13.Sarawak – Tn. Haji Adam Ahid Manakala Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang dilantik adalah terdiri dari : 1.YB Dato’ Mohd Amar bin Abdullah 2.Dato’ Abu Bakar Chik 3.Abang Ahmad Kerdee Abang Masagos 4.Tn. Hj. Mohd Hussin 5.Tn. Haji Asmuni Awi 6.Zulkiflee Mohd Omar 7.Dr Muhaimin Sulam Adalah juga dimaklumkan bahawa pelantikan ke jawatan Penolong Setiausaha Agung PAS dan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang akan dibuat dalam mesyuarat bulanan Jawatankuasa PAS Pusat yang dijadualkan pada 17 Disember 2013 nanti. Pihak kepimpinan PAS mendoakan agar semua kepimpinan yang diberikan amanah ini dapat melaksanakannya dengan penuh dedikasi dan ikhlas. Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang PRESIDEN PAS
Posted on: Mon, 02 Dec 2013 01:24:20 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015