!"Masa DAH Time"! :) Faham ke Faham!?! :) "Apabila kita faham - TopicsExpress



          

!"Masa DAH Time"! :) Faham ke Faham!?! :) "Apabila kita faham rahsia kehidupan.., kita akan paham resepi perniagaan.., apabila kita faham rahsia kekayaan.., kita akan mudah menilai kehidupan!! "Kehidupan adalah pusingan Ilmu Iman Amal untuk membersihkan Hati Fikiran dan Perbuatan" MAKA :::>Hati=hati dengan hati!! "Orang kaya itu meminta Luqman mengambil bahagian daging yang paling berkhasiat. Daging ini untuk hidangan keluarganya. Lalu Luqman memotong lidah dan hati. Luqman memasak dan dihidangkan kepada keluarga kaya itu. Pada keesokannya, orang kaya itu meminta Luqman menyembelih seekor kambing lagi. Si kaya meminta Luqman mengambil bahagian daging yang paling menjijikkan. Luqman melaksanakan perintah itu dengan senang hati. Lalu dipotong lidah dan hati buat kali kedua. Luqman masakkan dan hidangkan seperti biasa. "Bagaimana kamu Luqman! Kemarin saya minta bawa daging yang paling berkhasiat, kamu bawa lidah dan hati. Sekarang saya minta daging paling menjijikkan, kamu bawa lidah dan hati juga. Apa maksud kamu?" tanya majikannya dengan penuh hairan. Sambil tersenyum, Luqman jawab,"Memang hati dan lidah itulah bahagian daging dalam tubuh manusia yang paling besar khasiatnya jika seseorang itu pandai menjaganya". "Lidah dan hati ini juga akan mencelakakan manusia apabila seseorang itu tidak dapat mengendalikannya". "Hati dapat menimbulkan niat yang ikhlas dan dapat melalaikannya. Lidah dapat menuturkan kata-kata yang penuh budi bahasa sesama manusia. Disebabkan lidah juga manusia akan berperang", terang Luqman kepada majikannya yang kaya itu. Luqman pernah memberi wasiat kepada anaknya berkaitan dengan lidah. "Wahai anakku! Kata-kata yang mempunyai hikmah menjadikan orang miskin dimuliakan seperti raja," "Hai anakku! Jika masuk ke suatu majlis, panahkanlah panah Islam. Iaitu salam, kemudian duduklah agak tepi dan jangan bercakap sebelum orang lain bercakap. Kalau orang yang bercakap itu tentang mengingati Allah, duduklah di majlis itu agak lama. Tetapi jika berkaitan dunia, tinggalkan majlis itu dan pergi ke tempat lain". SUMBER: Tafsir Al-Azhar oleh Prof HAMKA. Surah Luqman.
Posted on: Sat, 24 Aug 2013 10:43:11 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015