Najib dah mula demam!!! +Video Peguam Bala beri keterangan dalam - TopicsExpress



          

Najib dah mula demam!!! +Video Peguam Bala beri keterangan dalam tribunal Scorpene [TMI] Peguam kepada mendiang penyiasat persendirian P.Balasubramaniam, Americk Sidhu bersetuju untuk memberikan keterangan dalam satu tribunal di Perancis yang melibatkan rasuah oleh kerajaan semasa Malaysia membeli dua kapal selam Scorpene. Pengarah eksekutif hak asasi manusia (Suaram) Cynthia Gabriel berkata Americk akan memberi bukti di Paris sekitar September depan nanti. "Mahkamah sedang berhubung dengan Americk untuk menentukan masa lapangnya," kata beliau semasa menghadiri majlis makan malam mengumpul dana yang dianjurkan oleh Suaram. Beliau berkata fokus tertumpu kepada pendedahan Balasubramaniam tentang peranan Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib Razak dalam pembelian Scorpene. Cynthia juga berkata mahkamah Perancis kini sudah melanjutkan siasatan terhadap keadaan semasa yang membawa kepada kematian Altantuya Shaariibu dan terutamanya jika terdapat salah guna kuasa oleh Najib negara semasa memegang jawatan tersebut. Bagaimanapun Najib telah menafikan tuduhan tersebut dan Balasubramaniam juga telah membuat dua pengakuan bersumpah yang berbeza-beza. Balasubramaniam kemudiaan membuat pendedahan campur tangan Najib dan ahli keluargannya dalam kes tersebut sehinggakan Americk membuat pendedahan susulan pada mesyuarat agung Majlis Peguam pada 16 Mac 2013, beberapa hari selepas penyiasat persendirian tersebut meninggal dunia kerana serangan jantung. "Isunya adalah sama ada SD kedua Balasubramaniam dilakukan atas arahan Najib dan sama ada Najib telah mengarahkan peguam (Tan Sri) Cecil Abraham untuk menyediakan SD2," kata beliau. Americk, tetamu yang dijemput pada majlis anjuran Suaram semalam mengesahkan beliau akan memberi keterangan di Paris. Cynthia juga mendedahkan bahawa seorang lagi rakyat Malaysia telah memberi keterangan bertulis kepada mahkamah sebelum pilihan raya umum Malaysia 5 Mei lalu. Bagaimanapun, beliau berkata saksi itu telah meminta identitinya dirahsiakan. Beliau berkata hakim utama dalam siasatan yang masih dijalankan itu, Roger Le Loire meminta penjelasan tentang bagaimana keterangan baru-baru ini sama ada ia akan memberi kesan kepada siasatan yang sedang dijalankan. Pada tahun 2009, Suaram mengemukakan aduan di mahkamah Perancis hingga membawa kepada siasatan melibatkan dua hakim penyiasat. Pada April tahun ini, Tribunal Grand Instance di Paris memulakan siasatan ke atas dakwaan bahawa firma Perancis DCNS telah membayar kira-kira RM458 juta sebagai rasuah kepada pegawai Malaysia untuk mendapatkan kontrak bagi dua kapal selam tentera laut. Pengkritik di Malaysia mendakwa bayaran itu adalah sogokan, yang menyalahi undang-undang di Perancis, undang-undang Malaysia dan juga antarabangsa. Cynthia berkata, Perancis dan pihak berkuasa Hong Kong juga telah bekerjasama untuk mendedahkan rasuah oleh firma milik rakyat Malaysia, Terasasi yang terlibat dalam pembelian kapal selam Scorpene. "Siasatan meliputi sekitar rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan sembilan syarikat lain dengan hubungan politik di Malaysia," tambah beliau. Americk semalam mendedahkan pihak polis tidak pernah bertanya kepada Balasubramaniam tentang soalan penting melibatkan pembunuhan Altantuya walaupun ditahan selama 14 hari pada tahun 2006. "Tiada siapa yang berminat dalam apa yang dia tahu. Semua keterangan dia berikan telah disunting polis telah disunting dan dibersihkan untuk kegunaan di mahkamah," katanya. Peguam itu berkata hal tersebut mendorong anak guamnya untuk tampil dengan SD1 yang menjadi kontroversi. Beliau juga berkata, kajian yang teliti dan terperinci ke atas SD1 akan mendedahkan tidak ada langsung Balasubramaniam menyebut nama Najib dalam pembunuhan Altantuya. "Apa yang Balasubramaniam kata ialah kedua-dua Abdul Razak Baginda dan Altantuya memberitahunya dia pernah menjadi teman wanita Najib," kata Americk yang mengatakan beliau hanya memperincikan fakta dan bukan andaian. Balasubramaniam kemudian membuat SD2 untuk menarik balik kandungan dalam SD1 dan berhijrah sementara ke India bersama keluarganya. Americk berkata tindakan tergesa-gesa tersebut diambil adalah jelas menunjukkan situasi bahaya yang dihadapi oleh anak guamnya sejurus selepas membuat SD1. Abdul Razak telah dibebaskan pada tahun 2009 kerana bersubahat dalam kes pembunuhan model Mongolia, yang juga bekas kekasihnya. Dua anggota polis bekas Sirul Azahar dan Azilah Hadri juga telah merayu kepada Mahkamah Rayuan untuk membatalkan sabitan Mahkamah Tinggi. azmieyusoff.blogspot/2013/07/najib-dah-mula-demam-video.html
Posted on: Tue, 23 Jul 2013 02:36:25 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015