Ngauman Harimau Malaya Di Bumi Somalia: Kisah Sebenar Di Sebalik - TopicsExpress



          

Ngauman Harimau Malaya Di Bumi Somalia: Kisah Sebenar Di Sebalik Peristiwa Black Hawk Down Jika menonton filem Black Hawk Down, kita pasti mendapat gambaran bagaimana tentera Amerika Syarikat (AS) menyelamatkan pasukan tentera negara asing ketika bertempur dengan kumpulan militia di kawasan Pasar Bakara di Mogadishu, Somalia. Namun di sebalik filem itu, tercatat satu kisah benar yang membabitkan pengorbanan dan perjuangan anggota tentera Malaysia yang berlaku pada 3 Oktober 1993. Keberanian itu membabitkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyelamatkan tentera AS daripada menjadi mangsa serangan para pengikut setia puak penentang Jeneral Farrah Aidid. Apa yang pasti, anggota ATM berada di barisan hadapan sekali ketika operasi menyelamat di dua lokasi berasingan yang terletak kira-kira tiga kilometer antara satu sama lain. Operasi menyelamat dan pertempuran sengit itu mengambil masa lebih tujuh jam bermula pada sebelah malam dan hanya awal pagi keesokan harinya semua anggota ATM berjaya membawa keluar puluhan tentera AS dengan selamat.
Posted on: Wed, 31 Jul 2013 06:47:31 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015