Pada 21 Jun 1983 projek bangunan baru ini telah dapat disiapkan - TopicsExpress



          

Pada 21 Jun 1983 projek bangunan baru ini telah dapat disiapkan dan mula digunakan. Murid-murid dari sekolah cawangan Sekolah Kebangsaan Seri Bunga telah berpindah ke bangunan baru ini. Bangunan sekolah cawangan tersebut telah digunakan untuk sekolah agama sahaja. Tarikh 25.10.1987 merupakan hari bersejarah bagi Sekolah Kebangsaan Seri Gading ini kerana pada hari tersebut satu majlis gilang gemilang telah diadakan untuknya iaitu perasmian bangunan baru yang mengambil sempena Perayaan Jubli Intan genap 63 tahun usianya. Tan Sri Muhyidin Yasin, Menteri Besar Johor, telah merasmikan majlis yang bersejarah ini. Sepanjang usianya, Sekolah Kebangsaan Seri Gading telah ditadbir oleh beberapa orang Guru Besar yang silih berganti. Mereka ialah : 1. Encik Maston bin Hj. Tahir - Tahun 1924 - 1935 2. Tuan Hj. Hamzah bin Mahmood - Tahun 1935 - 1940 3. Encik Abd. Rahman bin Manaf - Tahun 1940 - 1942 4. Encik Salmon bin Mansor - Tahun 1942 - 1947 5. Tn. Hj. Yahya b. Abd. Rahim - Tahun 1948 - 1949 6. Tn. Hj. Ismail b. Hj. Idris - Tahun 1969 - 1980 7. Tn. Hj. Ahmad b. Omar - Tahun 1980 - 1982 8. Tn. Hj. Osman b. Yaccob - Tahun 1982 - 1986 9. Tn. Hj. Mahyun b. Hj. Yusuf - Tahun 1986 - 1988 10. Tn. Hj. Manaf b. Abdullah - Tahun 1988 - 1992 11. Tn. Hj. Md. Zin b. Hashim - Tahun 1992 - 1994 12. Tn. Hj. Mohdi Jailani b. Hasan Tami - Tahun 1994 hingga kini
Posted on: Tue, 20 Aug 2013 03:46:51 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015