Pelatih ILP terjun bangunan selepas dengar ‘bisikan’ KOTA - TopicsExpress



          

Pelatih ILP terjun bangunan selepas dengar ‘bisikan’ KOTA SAMARAHAN: Seorang pelatih sebuah institut latihan perindustrian (ILP) di sini dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas dikatakan terjun dari tingkat dua bangunan asramanya, malam kelmarin. Mangsa, 20, dari Muara Tuang itu ditemui oleh rakanrakannya dalam keadaan terbaring di tingkat bawah asrama tersebut setelah mendengar jeritan mangsa sekitar jam 10 malam. Difahamkan, mangsa bertindak terjun dari atas bangunan tersebut selepas mendengar ‘bisikan’ yang menyeru kepadanya agar bertindak sedemikian. Mangsa dilaporkan mengalami patah kedua-dua pergelangan tangannya dalam kejadian itu. Mangsa kemudian dikejarkan ke HUS untuk rawatan lanjut dan sehingga berita ini ditulis semalam, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Posted on: Thu, 03 Oct 2013 00:10:44 +0000

© 2015