Pinggang ramping, perut kempis Ramai mencuba dan mengambil - TopicsExpress



          

Pinggang ramping, perut kempis Ramai mencuba dan mengambil makanan yang mereka sukai di samping menjalankan rutin olahraga setiap hari. Tentunya ini dapat membantu mengekalkan perut kempis dan rata seperti yang dimahukan tetapi sebenarnya dengan mengambil makanan sihat, cara ini lebih memberikan hasil maksimum. Jika ingin ukur lilit pinggang anda cantik dan perut tidak buncit, cuba ambil beberapa makanan seperti ini: ✿ Oregano Taburkan oregano dalam menu sayuran kegemaran anda. Oregano memiliki khasiat yang amat baik untuk melancarkan pencernaan. Selain itu, herba ini boleh memberikan aroma yang nikmat pada hidangan anda. ✿ Agar-agar Makanan ini memberikan rasa dingin pada perut. Diperbuat daripada rumpai laut dan boleh membantu melancarkan pencernaan serta memenuhi keperluan serat di dalam tubuh. Ambil agar-agar juga tidak memberatkan pencernaan apabila diambil secara berulang. ✿ Jus buah-buahan Minuman jus buah-buahan yang disarankan adalah seperti lobak merah, tomato, epal, oren, betik, anggur dan buah-buahan beri. Jenis buah yang disarankan ini sebenarnya dapat membantu mengurangi perut buncit dan membantu anda berasa kenyang dengan lebih lama. Hindari jus buah dengan kandungan buah seperti pisang atau mangga pada permulaannya. ✿ Brokoli Sayuran yang cantik dan enak ini merupakan sumber makanan penting untuk menjaga ukur lilit pinggang anda. Ambil brokoli secara rutin boleh melancarkan saluran pencernaan dan meningkatkan metabolisme anda. ✿ Teh Minum teh juga membantu mendinginkan perut dan memudahkan pencernaan. Jenis teh yang disarankan adalah teh hitam dan teh hijau. Namun, tidak disarankan minum minuman ini setiap hari. Cukup dengan hanya minum antara dua hingga tiga kali seminggu kerana teh juga boleh menjadi salah satu minuman yang menahan sistem pembuangan air. ✿ Yogurt Apabila perut anda cukup banyak dengan kandungan asid, cubalah makan atau minum yogurt. Probiotik di dalamnya boleh membunuh bakteria jahat di dalam usus dan melancarkan pencernaan anda. Namun, ada sesetengah orang yang tidak boleh mengambil produk susu. Golongan ini bolehlah menggantikannya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. goo.gl/o3gloC Silakan share... ................................ Sukar Hamil? → setpermatahatiku
Posted on: Sun, 22 Sep 2013 04:11:38 +0000

Trending Topics




© 2015