SYAIR WASIAT DI AKHIR ZAMAN..!! BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,, - TopicsExpress



          

SYAIR WASIAT DI AKHIR ZAMAN..!! BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,, Hari Qiamat pasti akan terjadi. Di saat itu, langit akan pecah, gunung-ganang akan berterbangan, bumi dan seisinya akan hancur lebur. Sebelum itu banyak peristiwa akan mendahuluinya, sebagai petanda hampir tiba saatnya: kemerosotan umat Islam, para Ulama berkurangan, ujian berat terhadap iman, kemungkaran berleluasa di tengah-tengah masyarakat, keruntuhan moral, gempa bumi demi gempa bumi, peperangan demi peperangan. Bahkan debaran jantung dunia sentiasa dikejutkan oleh peristiwa-peristiwa ganjil yang akan terjadi dari masa ke semasa. Oleh itu marilah kita renungkan bersama wasiat junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. untuk kita dapat mengenali tanda-tanda golongan yang sesat. Maka dengan itu, mudah-mudahan kita akan terselamat dari mereka dan terus berada di garisan yang haq dan termasuk golongan yang selamat. SYAIR WASIAT DI AKHIR ZAMAN Jika hendak hidup beriman Serta mulia di sisi Tuhan Marilah kita hendak ingatkan Wasiat Nabi di akhir zaman Wajiblah kita menjaga diri Cabaran hidup banyak sekali Janganlah kita lupakan diri Hidup ini menuju mati 1. Jangan Suka Menyalahkan Orang Lain Janganlah suka hanya mengata Orang ramai telah binasa Bangkitlah kita menabur jasa Usaha kita di alam nyata Umat Islam perlu didakwah Nasihat baik serta berhikmah Dengan semangat serta ukhuwah Hubungan kita tambah meriah 2. Kenapa Dunia Islam Menjadi Sasaran Pemusnahan Jangan biarkan umat binasa Mungkar maksiat merajalela Kita semua nanti merasa Akibat buruk datang menimpa Dinding Ya’juj mula terbuka Tanda dunia akan binasa Walaupun ada insan bertaqwa Bila mungkar sudah merata 3. Seluruh Dunia Datang Mengerumuni Dunia Islam Dunia luar datang mengepung Dunia Islam sudah terkurung Ibarat buih hanyut terapung Dipukul ombak besar menggulung Bilangan banyak tidak berguna Bila “wahan� penyakit kita Takutkan mati, cinta dunia Sangat merosak iman di dada 4. Ilmu Agama Akan Beransur Hilang Ilmu agama beransur hilang Para Ulama kian berkurang Ilmu dunia makin cemerlang Jadi tumpuan semua orang Bekalkan diri ilmu akhirat Untuk laksana amal ibadat Tuntutlah ilmu sebelum diangkat Negeri akhirat dapat selamat 5. Umat Islam Mengikut Langkah Yahudi Dan Nasrani Langkah Yahudi jangan diturut Jalan Nasrani jangan diikut Kenapa kita mesti melutut Kepada bangsa bersifat taghut Umat Yahudi dimurka Tuhan Ilmu dituntut, amal tinggalkan Umat Nasrani sesat di jalan Amal dibuat tanpa pedoman 6. Golongan Anti Hadis Al Quran itu kalam Ilahi Pedoman hidup kekal abadi Hadis Junjungan jangan dinafi Tempat kedua pedoman suci Ulama Salaf jadi teladan Banyak mengarang berbagai “sunan� Jadikan ia sebagai pegangan Janganlah ia kita abaikan 7. Golongan Yang Sentiasa Menang Setiap zaman dan juga tempat Mestilah wujud pembela umat Walau berbagai rintang menghambat Tetap berjaya tidak tersekat Kepada Allah syukur dipanjat Memilih kita sebaik umat Penyebar ilmu, pembawa rahmat Hidup kita membawa berkat 8. Penyakit Umat-umat Dahulu Umat dahulu banyak penyakit Kerana mewah banyak berduit Harta dihimpun berderet-deret Akhirnya hidup himpit-menghimpit Usah ikuti jalan mereka Jikalau kita mahu bahgia Biarlah hidup berpada-pada Dunia ini menuju fana 9. Islam Kembali Dagang Nasib agama di akhir zaman Kembali asing dari pandangan Ramailah orang sudah lupakan Rukun Islam dan Rukun Iman Wahai ke mana arah tujuan Bila agama sudah lupakan Marilah kita cuba hidupkan Sunnah Junjungan Syariat Tuhan 10. Bahaya Kemewahan Cubalah lihat para sahabat Banyak bersabar, rajin ibadat Walaupun hidup susah melarat Di sisi Tuhan selalu taat Cubalah lihat pada dirimu Semua cukup makan dijamu Ibadat kurang, suka mengadu Bekal akhirat kurang ditumpu 11. Umat Islam Memusnahkan Orang-orang Yahudi Sabarlah kita dalam menanti Masa datangnya Nusrah Ilahi Ketika itu umat Yahudi Habis semua akan dibasmi Batu dan kayu turut membantu Mujahid kita di kala itu Sehingga Islam dapat berkubu Rantau dunia menjadi satu 12. Sifat Amanah Akan Hilang Sedikit Demi Sedikit Sifat amanah nanti akan hilang Dari kalangan orang terbilang Tipu menipu tiada sumbang Nasib dunia bertambah malang Wahai eloknya bila dilihat Zahirnya cantik berkilat-kilat Hatinya curang, lidah berlipat Sifat amanah telah diangkat 13. Orang Baik Berkurangan Sedang Yang Jahat Bertambah Anak derhaka menjadi-jadi Didikan Islam tidak diberi Anak tiada mengenang budi Ibu bapa dibuat abdi Hujan berkurang, cuaca panas Makin bertambah pelaku ganas Budaya lepak, segan dan malas Dadah dihisap, arak segelas Alim Ulama tidak dihormat Ta’zim dan taat tidak diminat Banyak sekali tempat maksiat Siang dan malam meruntuh umat 14. Dimanakah Punca Kebinasaan Seseorang Hendaklah kita berhati-hati Dalam mencari nafkah dan rezeki Jangan ikutkan kehendak isteri Nanti membawa binasa diri Anak dididik, akhlak diberi Dengan tarbiyah agama suci Dari buaian sampai ke mati Terus menerus tidak berhenti Jangan abaikan nasihat ini Nanti kau sesal kemudian hari Betapa banyak azab diberi Kerana turutkan kehendak isteri 15. Di antara Golongan Yang Menjadi Penghuni Neraka Dua golongan pasti diseksa Jadi penghuni api neraka Golongan zalim penganiaya Tidak kasihan rakyat jelata Kaum wanita urat dibuka Berlenggang lenggok di jalan raya Sanggul dililit bagai mahkota Tak akan mencium semerbak syurga 16. Zaman Orang Tak Peduli Dari Mana Mendapat Harta Ramai orang tidak mengira Dari mana beroleh harta Halal dan haram tidak dibeza Asalkan cepat menjadi kaya Memang nafsu susah diatur Cinta dunia susah dilebur Jangan biarkan hatimu kotor Nanti diseksa di alam kubur 17. Harta Riba Wujud Di Merata Tempat Ramailah orang berlumba-lumba Untuk mendapat faedah riba Saham dilabur di mana bursa Tiada takut akan diseksa Bukankah sudah diberitahu Mereka akan menjadi seteru Kepada Allah Tuhan Yang Satu Siapa sanggup akan membantu 18. Orang Meminum Khamar & Menamakannya BUkan Khamar Khamar diminum di banyak kedai Jadi biasa bersama handai Banyak terlibat si cerdik pandai Iman di dada akan tergadai Alunan muzik ikut sertakan Biduanita turut nyanyikan Menari-nari lupa daratan Bagaikan kera di dalam hutan 19. Sedikit Lelaki, Banyak Perempuan Dan Banyak Perzinaan Sedikit ilmu banyak yang jahil Akibat zina banyak yang hamil Banyak terjadi perkara ganjil Di sana sini besar dan kecil Jumlah lelaki kian sedikit Wanita ramai, berhimpit-himpit Wanita kerja mencari duit Peluang lelaki menjadi sempit 20. Hamba Menjadi Tuan & Terbinanya Bangunan Mencakar Langit Hamba berlagak sebagai tuan Di sana sini naik bangunan Sungguh tingginya mencakar awan Seolah mencabar kuasa Tuhan Badwi yang miskin kaya terkejut Baru kelmarin tidak berkasut Harta dipegang tiada luput Walaupun kaya tetap kedekut 21. Ahli Ibadat Yang Jahil Dan Ulama Yang Fasiq Orang yang jahil rajin ibadat Tiada ilmu, taat dibuat Rasa kasihan kita melihat Mereka hanya beroleh penat Ada yang alim lupa daratan Amal ibadat malas lakukan Ilmu di dada bagai lautan Menjadi hujah di depan Tuhan 22. Orang Berpegang Dengan Agama Bagai Memegang Bara Api Ujian berat kita rasakan Datang menimpa menjadi beban Alangkah hebat godaan syaitan Untuk meruntuh istana iman Bersungguh kita menjaga iman Banyak cabaran di akhir zaman Iman ibarat (seakan) api di tangan Setiap masa mahu lepaskan 23. Golongan Ruwaibidhah (Bila Si Jahil Jadi Pemimpin) Orang khianat disanjung-sanjung Orang amanah tidak didukung Pemimpin zalim bunga dikalung Mujahid Islam tali digantung Bangkitlah wahai Pewaris Nabi Jangan biarkan umat diuji Teruskan jihad ke jalan suci Sebar luaskan rahmat Ilahi 24. Peperangan Demi Peperangan Dari Timur sampai ke Barat Perang terjadi semakin hebat Tiada kasihan, mata melihat Bergelimpangan menjadi mayat Harta dunia jadi rebutan Darah ditumpah sebagai tebusan Tidak peduli kawan dan lawan Asalkan nafsu dapat puaskan 25. Masa Akan Menjadi Singkat Masa yang panjang terasa singkat Amal ibadat belum dibuat Bulan berlalu hari dan saat Tanda dunia hampir qiamat Kenapa kita selalu lalai Masa dibuang tidak dipakai Masalah umat berbagai-bagai Tanggungan kita belum selesai 26. Munculnya Galian-galian Bumi Galian bumi muncul tercurah Kurnia Tuhan Yang Maha Murah Hendaklah syukur, moga ditambah Janganlah kufur, nanti ditegah Dunia Islam tambah melimpah Galian emas, petrol dan timah Namun mengapa harta diserah Kepada kafir pemusnah ummah 27. Tanah Arab Yang Tandus Menjadi Lembah Subur Tanah yang tandus menjadi subur Kurnia Tuhan Malikul Ghafur Air dipancut, taman diatur Sehingga lupa bekalan kubur Padang Arafah bagaikan taman Pohon ditanam sepanjang jalan Sejuk dipandang, sangat menawan Padang Mahsyar jadi lupakan 28. Ujian Dahsyat Terhadap Iman Ujian dahsyat terhadap iman Hampir menggoncang asas pegangan Di pagi petang, di kiri kanan Iman di dada jangan lepaskan Jangan dijual agama suci Walaupun harga mahal sekali Simpanlah ia di sanubari Untuk bekalan menuju mati 29. Kelebihan Beribadat Di Saat Huruhara Ketika dunia dilanda perang Kacau dan bilau tidak terbilang Walaupun hanya engkau seorang Amal ibadat jangan dikurang Ketika itu amat berharga Pahala ibadat dilipat ganda Bagaikan kita “hijrah� namanya Bersama Nabi dalam derita 30. Peperangan Di Sungai Furat Merebut Kekayaan Di Sungai Furat di Negeri Iraq Emas kan muncul laksana puncak Ramai sekali, tentera yang hendak Datang berperang kerana tamak Perang berkobar bertahun-tahun Kerana merebut harta “Si Qarun� Hadir ke sana berbagai lanun Untuk merompak harta bertimbun 31. Ketiadaan Imam Untuk Sembahyang Berjemaah Lama menanti berdiri tegak Mereka saling tolak menolak Tak kunjung tiba orang yang warak Menjadi imam pada khalayak Inilah taqsir kita semua Pondok dihapus, tidak dibela Kitab disimpan tidak dibaca Sebagai hiasan almari kaca 32. Ulama Tidak Dipedulikan Para ulama tidak dihormat Nasib mereka tidak diangkat Siapa lagi pedoman umat Kalau mereka tidak diminat Bila ulama sudah tiada Barulah kita rasa kecewa Mayat terbaring dalam keranda Tiada orang membaca doa 33. Islam Nama Sahaja Nasib Islam di akhir zaman Cuma nama tanpa amalan Quran dibaca dipertandingkan Suruh-tegahnya tidak hiraukan Ada ulama cari dunia Bermacam fatwa mudah dikata Asalkan dapat wang dan harta Hukum-hakam direka-reka 34. Al Quran Akan Hilang & Ilmu Akan Diangkat Hampir qiamat Islam kan mundur Bagaikan kain yang sudah luntur Quran kan hilang, tidak ditutur Ilmu diangkat beransur-ansur Solat sudah tidak difaham Ilmu Syari’at tidak di dalam Terlalu jahil kan rukun Islam Sehingga “syahadat� susah ucapkan 35. Lima belas Maksiat Menurunkan Bala Banyak maksiat orang lakukan Bala kan turun sebagai seksaan Angin yang merah Allah tiupkan Gempa yang dahsyat dan menggegarkan i.Harta negara jadi habuan, bagi siapa pegang jawatan ii.Pecah amanah jadi amalan, wang amanah diniagakan iii.Jadilah zakat laksana hutang iv.Kehendak isteri tidak dihalang v.Anak derhaka tidak terbilang vi.Kawan dibakti, ibu dibuang vii.Suruhan ayah suka ditinggal viii.Di dalam masjid suka berbual ix.Orang yang hina suka ditabal x.Orang dimulia kerana nakal xi.Arak diminum tiada sopan xii.Kain sutera jadi pakaian xiii.Para artis jadi pujaan xiv.Muzik yang haram jadi hiburan xv.Sudahlah diri teruk sekali Kenapa pula orang dicaci Sahabat Nabi suka dimaki Itu perangai orang yang keji 36. Lima Maksiat Disegerakan Balasannya Lima maksiat dibalas segera Dalam dunia sebagai dera Supaya insan insaf dan taqwa Lalu meminta “Taubat Nasuha� i.Bila zina zahir dan nyata, penyakit berat akan menimpa ii.Sukat dan timbang tidak sempurna, zalim pemimpin pasti dirasa iii.Bila zakat tidak diberi, kemarau panjang pasti rasai iv.Janganlah mungkir janji Ilahi, nanti musuh datang menguji v.Syari’at Allah pasti tegakkan Pedoman hidup jangan abaikan Cuai dan taqsir mengakibatkan Perang saudara yang merugikan 37. Bilakah Akan Terjadi Kehancuran Bila urusan telah diserah Kepada orang yang bukan petah Maka tunggulah hancur dan punah Ibarat retak menanti belah Orang yang ahli bukan tiada Tapi peluang tidak dibuka Tamak dan rakus jadi penggoda Akhirnya kita hancur semua 38. Bermegah-megah Dengan Masjid Masjid mereka tersergam indah Bagai istana yang sangat mewah Jadi tumpuan tourist berkelah Tiada malu aurat didedah Ketika azan nyaring diseru Dari menara tersedu-sedu Hanya sedikit datang menuju Yang lebih banyak duduk terpaku 39. Menggadaikan Agama Kerana Dunia Ada kumpulan suka menggadai Agama suci diubah-suai Tiada malu kepada handai Asalkan wang dapat dicapai Manis ucapan sedap ungkapan Namun di hati wang niatkan Allah bersumpah pasti turunkan Azab yang pedih dan membingungkan 40. Golongan Yang Selamat Umat Yahudi berpecah belah Umat Nasrani berpaling tadah Semua akan Syurga ditegah Hanyalah satu diberi Jannah Umat Islam juga berpecah Banyak golongan berbagai firqah Hanyalah satu Neraka ditegah Kumpulan Ahli Sunnah wal Jemaah 41. Lahirnya Imam Mahdi Dunia Islam akan dipimpin Oleh seorang Imam yang mukmin Timur dan Barat akan terjalin Dunia makmur tiada miskin Mahdi yang adil sangat disayang Oleh kalangan semua orang Dunia makmur, aman dan tenang Tiada orang hendak berperang 42. Sepuluh Tanda Qiamat Yang Besar Tanda Qiamat terlalu banyak Tapi sepuluh paling mustahak Sebelum langit belah terkoyak Sebelum bumi hancur meledak i.Dajjal akan datang membawa fitnah, ramailah orang akan dikalah ii.Asap berkepul awan dibelah iii.Binatang ganjil muncul di Mekah iv.Matahari terbit di Barat v.Nabi Isa turun mendarat vi.Yakjuj dan Makjuj memangsa umat vii.Gempa bumi di Timur viii.Gempa bumi di Barat ix.Negeri Arab akan bergegar, gempa yang dahsyat jantung berdebar x.Api menyala yang sangat besar, di negeri Yaman mula berkobar PENUTUP/INTISARI 1.Hendaklah kita bermuhasabah Amal ditingkat taqwa ditambah Tinggalkan dosa dan juga salah Kepada Allah meminta taubah 2.Teguhkan tauhid serta aqidah Ikut golongan Sunnah Jemaah Jangan turutkan firqah yang salah Ikutlah langkah para sahabat 3.Ilmu agama wajib dituntut Sebelum masa menjadi luput Walaupun jauh di seberang laut Janganlah himmah menjadi surut 4.Hati yang kotor wajib dicuci Tempat pandangan Rabbul Izzati Ilmu tasawwuf wajib dikaji Untuk membuang penyakit hati 5.Dalam usaha mencari makan Harta yang haram mesti jauhkan Khususnya riba jangan amalkan Nanti membawa binasa badan 6.Anak dan isteri wajib dididik Begitu juga adik beradik Kerja mereka kena selidik Agar mereka menjadi baik 7.Bacalah Quran setiap hari Dengan tadabbur dan faham erti Kalam Ilahi penawar hati Di malam sunyi teman sejati 8.Fakir dan miskin mesti diasuh Agar mereka tidak mengeluh Sebagai sedekah yang kita taruh Nanti ganjaran didapat penuh 9.Hendaklah Islam difaham syumul Seperti mana kehendak Rasul Hidup sendiri atau berkumpul Agar amalan dapat dimakbul 10.Hendaklah kita jadi pembela Agama suci pegangan kita Rancangan musuh mesti waspada Agar umat tetap berjaya Inilah syair kita gubahkan Disedut dari hadis pilihan Wasiat Nabi jangan lupakan Pedoman hidup di akhir zaman Sampai di sini syair disusun Salah dan silap minta diampun Kepada Allah doa dipohon Bersama Nabi kita dihimpun Syafa’at Uzma dari Baginda Hanyalah itu harapan kita Memohon ampun segala dosa Serta diqabul semua doa.
Posted on: Fri, 22 Nov 2013 16:49:06 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015