Salam Sejahtera..... Bagaimana Menghadapi Musibah.... 3. - TopicsExpress



          

Salam Sejahtera..... Bagaimana Menghadapi Musibah.... 3. Mengetahui Hikmah Di Sebalik Musibah Seseorang Muslim yang mengetahui hikmah (rahsia) di sebalik musibah akan memiliki kekuatan mental yang baik. Berbeza dengan orang yang hanya memahami musibah secara cetek iaitu dengan hanya melihatnya secara zahir sahaja. Mentalnya sangat lemah dan mudah mengeluh atas segala musibah yang menimpa. Antara hikmah musibah adalah untuk diampunkan dosa-dosanya. Sabda Rasulullah SAW : “Tiadalah seorang Mukmin yang ditimpa musibah tertusuk duri atau lebih (teruk) daripada itu melainkan dengannya (musibah tersebut) Allah akan menghapuskan sebahagian daripada dosa-dosanya.” [HR Bukhari dan Muslim] Seseorang Muslim yang mati ditimpa bangunan atau tembok akibat gempa bumi adalah tergolong sebagai orang yang mati syahid. Sabda Nabi SAW : “Orang-orang yang mati syahid itu ada lima golongan; (1) orang yang terkena wabak penyakit taun, (2) orang yang terkena penyakit perut (disentri, kolera, dsb), (3) orang yang tenggelam, (4) orang yang ditimpa tembok/bangunan, dan (5) orang yang mati syahid dalam peperangan di jalan Allah.” [HR Bukhari dan Muslim]. “Akan diampuni bagi orang yang mati syahid segala dosa-dosanya, kecuali hutang.” [HR Muslim]. Hikmah lain adalah jika anak-anak Muslim meninggal, kelak mereka akan masuk ke syurga. Sabda Nabi SAW : “Anak-anak kaum Muslimin (yang meninggal) akan masuk ke dalam syurga.” [HR Ahmad] TQ fikirkan Lah 26 Sept 2013
Posted on: Thu, 26 Sep 2013 05:56:57 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015