Sekali lagi HE menempelkan diri kat page sendiri - TopicsExpress



          

Sekali lagi HE menempelkan diri kat page sendiri ni...kehkehkeh... ok,buat sesiapa yg x bc lg bab awal Babak Terakhir sama ada di web p2u mahupun belogg HE sndiri...meh kita review skit sinopsis keseluruhan ini celite... Perasaannya berkocak saat mendapat berita tentang kepulangan yang langsung tak terlintas di fikirannya. “Bukan takutlah.Aku cuma tak suka.Aku tak tahu macam mana nak terima diorang balik dalam hidup aku.Dah bertahun-tahun diorang hilang,tiba-tiba saja aku dapat berita yang diorang sekeluarga nak balik ke sini.Nak menetap terus di Malaysia nan tercinta ni.” Hati Fea bagai di landa Garuda apabila ingatannya singgah pada Rizal a.k.a Jai yang kuat membulinya.Dia tidak tahu bagaimana mahu menghadapi lelaki itu kelak apabila mereka bersua muka tetapi apa yang pasti dalam hatinya penuh dengan perasaan tidak puas hati. “Nama I Emrizal Bin Mokhtar.Umur I 25 tahun.I anak kepada Mokhtar Bin Ismail dan Arfarina Bt Mohamad.” Ucapan Rizal saat mereka berada di dalam majlis menyambut lelaki itu pulang ke tanah air nyata melemaskan Fea yang sememangnya tidak sebulu dengan lelaki itu. ‘Ada ke patut kenalkan diri macam tu? Ingat aku ni peserta rancangan Tom Tom Bak kat Astro Ceria ke? Sekurang-kurangnya kenalkanlah diri dengan cara yang lebih gentleman.’ Cebik Fea menepis perasaan janggalnya. Ternyata perasaan menyampahnya bertukar menjadi perasaan nakal sehinggalah timbulnya idea mengenakan encik pembuli. “Kalau korang nak tahu,selepas pukul 12…tak ada sesiapa pun akan dibenarkan keluar dari bilik masing-masing.” ”Kenapa selepas pukul 12 tak dibenarkan keluar dari bilik?” “Sebab setiap bilik kat rumah Tok Saif ni……ada khadam.Sesiapa yang keluar dari bilik pukul 12,khadam akan ikut dia sampai subuh.” “Tak percayalah.Takkan rumah semewah ini boleh ada khadam.Tok Saif bela jin ke?” “Aku tak tahu tapi yang aku tahu bilik-bilik ni semua ada khadam.Lagi satu nak diingatkan,tinggal dalam bilik ni jangan sepahkan barang merata-rata kalau tak nak khadam tu mengamuk.Aku tak bertanggungjawab tau kalau esok pagi korang bangun tidur korang ada kat tempat lain.” Namun ternyata Rizal berkeras tidak percayakannya. “Kau duduk kat luar negara apa tahu?! Ini Malaysia.Terpulanglah pada kau nak percaya ke tidak tapi kalau khadam bilik tu ikut kau sampai subuh,jangan cari aku okey.“ Ucap Fea keras lantas meninggalkan Rizal dan kakaknya Rania terpinga-pinga sendirian dengan kata-kata dustanya. Hati yang satu itu ternyata begitu puas namun tak disangka-sangka kehadiran Rizal ke rumah emaknya menambahkan satu lagi episod baru dalam hidupnya. ‘Selekeh sangat ke aku ni?Pakaian aku tak kena atau rambut aku yang serabai sangat?Ah,lantaklah! Kalau dia nak cakap aku tak layak keluar dengan dia,peduli apa aku.Lagipun bukan aku yang ajak dia keluar.‘ bebel Fea dalam hati saat mata Rizal elok merenungnya semacam. “Kita naik kereta sajalah! I tak biasa naik skuter.Lagipun,you yang bawa skuter ni….“ Ucap Rizal serba salah apabila melihat Fea sudah mendorong skuter comelnya ke halaman rumah. “Tak boleh!Naik kereta leceh.Nanti terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.Naik skuter saja,lagipun boleh menjimatkan masa,tenaga dan wang ringgit.” Bermula dari saat itu,mereka sering menghabiskan masa bersama biarpun banyak tragedi tak diundang berlaku antara mereka sehingga kadang kala menimbulkan pertengkaran. “Apa sengih-sengih?” Tanya Fea lantang. “Sengih pun salah ke?” “Dah tu,sengih-sengih seorang diri.Mesti ada apa-apa.Dah gila ke?!“ “Isyh,apa pula gila?Apa,ingat orang gila tak pandai bawa kereta ke?” “Hah,jadi betullah otak kau tu dah tak centre?” “You ni Sofea,kalau satu hari tak kutuk I tak boleh ke?Sudahlah tadi you cakap I jadi orang gaji kat rumah Tok Saif…sekarang ni you main belasah cakap otak I tak centre pula. Isyh,tak ada kesedaran sivik langsunglah you ni!” “Memang betul pun otak kau tak centre.Kalau tidak tak adalah kau tersengih-sengih macam kerang busuk seorang diri sejak tadi.Psiko!“ ejek Fea. ‘’ Eh,yeke ?Bukan otak you ke yang tak centre ?” “Hisyh,kau ni kan….menyakitkan hati betullah!”gerutu Fea geram. “Eh,hati you sakit ke?I tak tahu pun….” Balas Rizal sambil menyembunyikan senyumnya. “Stop it Rizal! Aku tak berminat nak bergurau dengan kau! Kalau bukan disebabkan mak kau yang paksa aku ikut kau,tak ada maknanya aku akan ikut kau !“ “Hah,tengok! Betul kan macam yang I cakap?Tak ada kesedaran sivik!” giat Rizal lagi sengaja berlawak. Rizal memang sengaja mengusik.Senang melihat Fea marah-marah tapi kadang-kadang dia langsung tak boleh jangka bagaimana fius dalam kepala otak Fea berfungsi. "Sofea,you nak buat apa dengan batu tu?" "Ke tepi sikit…Bismillah...." ucap Fea sambil mencium batu ditangan dengan sebelah mata terpejam. Pang!!! Sepantas itu berderai cermin kereta BMW sebelah pemandunya.Huh,nasib baik pecah.Ingatkan tak pecah tadi! Perghh...hebat betul balingan aku ni! Kereta BMW tu....kalau kereta kancil sahih terkopak dengan pintunya sekali.Fea sengih lagi.Rizal terkejut. "Hei,you gila ke apa Sofea?Kereta orang tau!" "Kereta orang ke kereta beruang ke ada aku kisah! Puas hati aku! Bodoh sangat letak kereta sampai menghalang jalan orang.Lain kali kalau nak tinggalkan kereta macam ni,letaklah nota ke,tinggalkan nombor telefon ke,emel ke...senanglah nak contact! Ini tidak,main tinggal je.Hah,padan muka! Pandai-pandailah jawab!" bebel Fea. Rizal urut dadanya.Perempuan ini betul-betul kering hati.Selamba saja dia pecahkan cermin kereta orang.Naya je kalau jadi kes polis! Namun sikap prihatin Rizal terhadap Fea membuatkan gadis itu merasa bahawa Rizal hanyalah tidak lebih dari seorang kaki sibuk. “Isyh,kau nak tahu tak apa masalah kau yang sebenar?Kau ni kaki penyibuk!Dulu masa kecik-kecik kau jadi kaki buli dan bila dah besar kau berubah jadi kaki penyibuk.Tak habis-habis nak menyibuk hal aku!Macam dah tak ada kerja lain agaknya nak dibuat.Pasal tudung pun kau dah nak kecoh?“ “Siapa yang kecoh?You sendiri nak pergi kacau si Zahri tu sedangkan you tahu dia dah nak kahwin.Bertindak rasionallah sikit Sofea.Orang tu dah nak kahwin!!! Ramai lagi orang yang bujang dalam dunia ni,kenapa nak cari Zahri?“ Rizal mula berasa cemburu apabila perhatian Fea bukan padanya.Dia mula berusaha agar dia dapat menawan hati Fea yang sudah mula berada dalam hatinya. “Jaiho,sebelum aku menjerit dan beritahu semua orang dalam rumah ni tentang kelakuan tak senonoh kau ni,baik kau lepaskan aku.Lepaskan!“ Ternyata percaturannya yang silap telah memerangkap mereka dalam satu situasi yang tak disangka-sangka. ‘’Aku mahu kamu semua buat persiapan segera.Lebih cepat lebih bagus.Aku mahu Rizal dan Sofea disatukan.’’ Arahan Tok Saif membuatkan nafas Fea tak tentu hala. ‘’Kahwin ?Dengan dia ni ?Fea tak nak!‘’ bentak Fea. “Fea…dengar cakap mak ni…tolonglah…demi keluarga kita…jangan palitkan arang ke muka mak.Dah terlalu banyak dugaan yang mak tempuhi tapi dugaan ini terlalu besar untuk mak terima.Tolong tunaikan permintaan mak yang tak seberapa ini.Kahwin dengan Jai…” Kegilaan yang baru bermula dalam hidupnya membuatkan Fea serba tidak kena.Ibarat diluah mati emak ditelan mati bapa.Dia tersepit,antara maruah keluarga dan kemarahan dalam hatinya terhadap Rizal yang sudah melampaui batas. Fea nekad,dia sudah tidak ada pilihan.Sama ada melihat maruah keluarganya tercemar dan membiarkan emaknya jatuh sakit atau mempertaruhkan nasibnya dalam perkahwinan dengan Rizal si encik pembuli. Mampukah hubungan yang tidak terlintas di fikiran itu terjalin bahagia antara keduanya? Apakah sikap ego,keras kepala serta degil Fea yang menaruh dendam terhadap Rizal berjaya ditawan lelaki itu? Adakah Rizal mampu bertakhta di hati Fea yang keras seperti batu itu? Dan bagaimana pula dengan hati Fea yang satu itu?Menerima Rizal ke dalam hidupnya atau terus berdendam dengan lelaki itu?? Apakah Babak Terakhir yang bakal tercetus antara mereka?Bahagia atau derita? Jangan lupa dapatkannya di pasaran atau melalui pembelian online p2u.my/beli-novel.html
Posted on: Thu, 18 Jul 2013 08:34:33 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015