Seks Untuk Kesihatan Seks adalah salah satu kurniaan Tuhan yang - TopicsExpress



          

Seks Untuk Kesihatan Seks adalah salah satu kurniaan Tuhan yang sememangnya membawa kepada kebaikan jika diamalakan secara betul. Oleh itu, seks hanya halal kepada pasangan yang sudah berkahwin sahaja. Terdapat beberapa faedah seks kepada kesihatan yang mungkin tidak pernah anda fikirkan: 1. Mengurangkan Berat Badan –Aktiviti seks boleh membakar sebanyak 75 - 150 kalori setiap setengah jam. Aktiviti seks hampir setara dengan senaman lain seperti yoga (114 kalori setiap setengah jam), menari (129 kalori setiap setengah jam) atau berjalan (153 kalori setiap setengah jam). Seks juga boleh membantu mengekalkan kekuatan otot anda kerana rangsangan seksual dan inzal menyebabkan badan anda mengeluarkan hormon testostron, yang salah satu fungsinya ialah untuk membina dan mengekalkan tisu dan otot anda. 2. Tingkatkan Kesihatan Jantung – Penyakit jantung adalah antara penyakit yang paling banyak membunuh wanita. Bersenam, mengambil makanan yang berkhasiat, mengurangkan pengambilan garam, gula dan lemak merupakan cara untuk mendapatkan jantung yang sihat. Seks juga merupakan senaman yang meningkatkan nadi serta pengaliran darah. Menurut kajian yang telah dilakukan, aktiviti seks sebanyak 1-2 kali seminggu boleh mengurangkan 2 kali ganda risiko serangan jantung. 3. Membantu Tidur lebih Nyenyak – Jika anda mengalami masalah untuk tidur di waktu malam, ia merupakan petanda anda mengalami tekanan atau stres. Pasangan yang kerap melakukan hubungan seks melaporkan, mereka dapat mengatasi tekanan dengan lebih mudah. Perasaan tenang selepas inzal membantu badan anda untuk berehat sepenuhnya. Berdasarkan laporan penyelidikan, ramai pasangan yang dapat tidur dengan mudah dan nyenyak sepanjang malam selepas melakukan hubungan seks. Seks Untuk Kesihatan Seks adalah salah satu kurniaan Tuhan yang sememangnya membawa kepada kebaikan jika diamalakan secara betul. Oleh itu, seks hanya halal kepada pasangan yang sudah berkahwin sahaja. Terdapat beberapa faedah seks kepada kesihatan yang mungkin tidak pernah anda fikirkan: 1. Mengurangkan Berat Badan –Aktiviti seks boleh membakar sebanyak 75 - 150 kalori setiap setengah jam. Aktiviti seks hampir setara dengan senaman lain seperti yoga (114 kalori setiap setengah jam), menari (129 kalori setiap setengah jam) atau berjalan (153 kalori setiap setengah jam). Seks juga boleh membantu mengekalkan kekuatan otot anda kerana rangsangan seksual dan inzal menyebabkan badan anda mengeluarkan hormon testostron, yang salah satu fungsinya ialah untuk membina dan mengekalkan tisu dan otot anda. 2. Tingkatkan Kesihatan Jantung – Penyakit jantung adalah antara penyakit yang paling banyak membunuh wanita. Bersenam, mengambil makanan yang berkhasiat, mengurangkan pengambilan garam, gula dan lemak merupakan cara untuk mendapatkan jantung yang sihat. Seks juga merupakan senaman yang meningkatkan nadi serta pengaliran darah. Menurut kajian yang telah dilakukan, aktiviti seks sebanyak 1-2 kali seminggu boleh mengurangkan 2 kali ganda risiko serangan jantung. 3. Membantu Tidur lebih Nyenyak – Jika anda mengalami masalah untuk tidur di waktu malam, ia merupakan petanda anda mengalami tekanan atau stres. Pasangan yang kerap melakukan hubungan seks melaporkan, mereka dapat mengatasi tekanan dengan lebih mudah. Perasaan tenang selepas inzal membantu badan anda untuk berehat sepenuhnya. Berdasarkan laporan penyelidikan, ramai pasangan yang dapat tidur dengan mudah dan nyenyak sepanjang malam selepas melakukan hubungan seks.
Posted on: Sun, 20 Oct 2013 03:19:30 +0000

Trending Topics



iv>

Recently Viewed Topics




© 2015