Selamat pagi, semua. Kepada yang bertanya dan tertanya-tanya - TopicsExpress



          

Selamat pagi, semua. Kepada yang bertanya dan tertanya-tanya tentang kelas penulisan kreatif yang dihebahkan. Ini jawapannya. Sekiranya masih ada kemusykilan, boleh komen ataupun PM saya untuk maklumat lanjut. Terima kasih. 1. Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif? Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif. Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan travelog pengalaman. Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat, dan perkataan. Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri. 2. Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya? Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Kasih. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel. 3. Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung? Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen). Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar. 4. Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan? Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu, menunjukkan jalannya. 5. Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan? Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab)., boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas. Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan. Sekiranya kelas sudah tamat, pada masa akan datang, para pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan mengulas manuksrip daripada guru online. Tawaran percuma untuk membaca dan memberi komen cerpen/sinopsos lengkap mengikut bab dan 2 bab novel masih dibuka. Sesiapa yang berminat, boleh e-mel ataupun PM saya. ____________ Pendaftaran kelas asas blog dan penulisan kreatif dibuka. PM Mazlia Murat ataupun Monalita Mansor untuk mendaftar. Juga berlangsung kelas: 1. Kelas asas blog dan penulisan 2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes 3. Kelas iklan di mudah.my PM Mazlia Murat untuk mendaftar mana-mana kelas. Terima kasih. Juga ada tawaran percuma dibuka untuk yang berminat. mazliamurat.blogspot/2013/11/percuma.html
Posted on: Fri, 22 Nov 2013 23:30:51 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015