Seperti dikutip dari web GeniusBeauty, ada beberapa makanan yang - TopicsExpress



          

Seperti dikutip dari web GeniusBeauty, ada beberapa makanan yang tidak boleh dimakan ketika perut anda kosong: 1. Pisang Buah pisang mengandungi banyak magnesium. Ini akan menyebabkan merosakkan batas keseimbangan kalsium dan magnesium dalam tubuh. Akibatnya, risiko penyakit kardiovaskular meningkat. 2. Yoghurt Yoghurt baik diminum dua jam setelah makan atau sebelum tidur. Jangan mengambilnya ketika perut anda masih kosong. Sebab, manfaat yang terkandung dalam yoghurt akan hilang malah menimbulkan penyakit kardiovaskular. 3.Buah Limau Buah limau mengandung asid sitrat yang tinggi. Apabila anda makan limau semasa perut masih kosong, ia akan memicu reaksi alergi dan menyebabkan peradangan pada lapisan perut (gastritis @ radang perut). 3. Tomato Makanan ini mengandungi pektin dan asid tannic yang memiliki konsentrasi tinggi sehingga kedua-dua zat tersebut berkontribusi pada pembentukkan batu lambung. 4. Bawang putih, makanan dalam tin, dan daging Perut masih kosong dan anda makan jenis makanan ini, anda akan terkena kejang lambung [gastrospasma]. 5. Mentimun, paprika, dan kubis Meskipun termasuk dalam jenis sayuran, tiga jenis makanan ini dapat menyebabkan iritasi lambung [keadaan atau rasa tidak selesa (gatal-gatal, pedih, sakit, bengkak, panas dsb) pd sesuatu bahagian tubuh akibat sesuatu rangsangan, kerengsaan] 6. Ubi keledek Makanan ini dapat menimbulkan sensasi "perut berat" apabila anda memakannya ketika perut anda masih kosong. 7. Minuman manis Banyak orang yang menganggap minuman manis dapat memberikan energi dan sering dijadikan sebagai pembuka makan pagi. Namun, sebenarnya anggapan itu salah. Minuman manis harus dihindari ketika perut anda belum terisi apapun. Hal ini dapat menimbulkan peningkatan kadar gula dalam darah dan keseimbangan asid-bes pun terganggu. [GeniusBeauty]
Posted on: Fri, 30 Aug 2013 16:20:54 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015