Simpanan adalah kekayaan. Biar saya paksa anda.. Mungkin anda - TopicsExpress



          

Simpanan adalah kekayaan. Biar saya paksa anda.. Mungkin anda pernah mendengar kata-kata ” kekayaan seseorang bukan dinilai dari berapa duit yang ada di poketnya. Tetapi berapa banyak aset dan duit simpanannya”. Dari kata-kata ini menunjukkan betapa pentingnya simpanan sehingga ianya di katakan sebagai pengukur kekayaan. Tidak penting jika ada yang bersetuju atau tidak. Apa yang lebih penting ialah, ianya sentiasa akan disebut sebagai suatu kepentingan dalam bajet dan pengurusan kewangan anda. Pastikan anda mempunyai ruangan atau agihan untuk “SIMPANAN” didalam bajet anda. Bagi saya ianya wajib diadakan. Berapakah jumlah simpanan yang terbaik?. Ada golongan yang lebih elit mengatakan anda perlukan paling tidak simpanan 6 bulan hidup, minimum. Maknanya, jika gaji anda RM2000 sebulan. Maka simpanan anda paling minimum adalah RM12000. Angka untuk simpanan 6 bulan ini berasaskan andaian jika anda diberhentikan kerja, maka anda mempunyai masa dan cukup duit untuk menampung hidup untuk 6 bulan. Dalam waktu itu anda perlu segera mendapatkan sumber pendapatan lain. Ada golongan yang lebih longgar dengan cadangan 3 bulan simpanan minimum sahaja. Berapakah pula jumlah yang perlu anda agihkan untuk simpanan setiap bulan? Secara puratanya semua orang, (para bijak pandai dalam pengurusan kewangan) bersetuju anda perlu agihkan 10%-20% dari pendapatan anda sebagai simpanan. Namun ianya memang bergantung kepada kapasiti bajet yang anda buat. Terpulang kepada anda. Ingat.! ruangan “simpanan” yang ada dalam bajet anda perlu dipatuhi. Tetapi paling tidak 10% agihan dari pendapatan MESTI dibuat. “Bagaimana nak menyimpan kalau duit dah tak cukup!?” Memang selalu saya ditanya dengan soalan ini. Soalan yang dah wujud dari sejak berzaman dulu. Kenapa agaknya soalan ini wujud sejak sekian lama? Dari terkenalnya soalan ini jugalah kita dapat jawapan. Soalan ini wujud sejak dulu lagi kerana manusia sejak dahulu sampai sekarang tidak cukup dengan apa yang ada. Akan sentiasa tidak cukup. Jika gaji anda sekarang RM3000. Anda rasa tidak cukup. Jika gaji anda dinaikkan ke RM4000 pun anda akan kata tidak cukup. Jiran saya yang bergaji 3 kali ganda lebih dari saya pun mengeluh setiap bulan kata tidak cukup. Jadi sampai bila nak cukup? Sampai bila nak tunggu kita ada duit berlebih untuk SIMPANAN? Mungkin takkan berlaku. Maka untuk menyelesaikan masalah ini anda perlu buat magik. Setiap kali anda dapat gaji bulanan “hilangkan” 10% dari duit gaji anda tadi dan disorokkan (disimpan) dan selepas itu barulah anda buat kira-kira anda dan melayan kehendak kemanusiaan anda yang tidak pernah cukup. Ambil contoh macam ni lah.- 3 orang anak sedang bergaduh, tolak menolak, sepak menyepak (memusnahkan barang) didalam rumah. Ibu yang cuba meleraikannya mungkin akan mengambil masa lama atau akhirnya kecewa dengan usahanya. Kaedah yang lebih baik adalah buka pintu, suruh mereka bergaduh diluar rumah. Pasu tak pecah, rumah pun tak berselerak. (hehehehe..). Anda dapat tangkap maksud saya? ..atau anda perlu baca sekali lagi..:-) Kaedah ini memang agak kasar. Ya lah, nak memaksa diri anda menyimpan. Macam nak memaksa anda mengikat perut. Tetapi sebenarnya ia adalah untuk membantu anda dengan bajet anda. Anda perlu faham, anda akan menyelamatkan sesuatu bernilai dengan pengorbanan yang anda buat. Cubalah buat… anda akan faham. Contoh, jika anda dapat gaji RM3000. Terus “hilangkan” 10% iaitu RM300. Dan anggaplah gaji anda baru saja kena potong dan anda perlu buat bajet mengikut pendapatan baru RM2700 sebulan. Memang tak cukup. Gaji yang asal RM3000 pun memang tak cukup. Jadi bukanlah masalah besar pun (hehehhee). Kaedah mengatasinya sama saja. Tambah pendapatan. (Kaedah tambah pendapatan akan kita bincangkan di post yang lain). Paksa diri anda untuk menyimpan adalah sebenarnya kaedah yang menarik. Apa tidaknya!? Cuba bayangkan ada orang yang memaksa anda menjadi kaya? Best la kan…? Fikir-fikirkan…. Kalau dah simpan sekejap lepas tuh ambil balik macam mana? hehehehe.. rahsiajimatminyak.webs/
Posted on: Fri, 02 Aug 2013 14:53:00 +0000

© 2015