Sultan Selangor lancar buku kisah Mokhtar Dahari KLANG - Sultan - TopicsExpress



          

Sultan Selangor lancar buku kisah Mokhtar Dahari KLANG - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melancarkan buku mewah mengenai legenda bola sepak negara Mokhtar Dahari: Legenda Bola Sepak Malaysia di Istana Alam Shah di sini. Penghasilan buku itu diilhamkan oleh baginda sendiri dan ditulis oleh Zinitulniza Abdul Kadir, serta dilancar bersempena pementasan teater muzikal SuperMokh di Istana Budaya dari 6 hingga 18 November ini. Dalam titahnya, Sultan Sharafuddin gembira dengan kejayaan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITMB) menerbitkan buku mengenai legenda bola sepak tanah air itu yang mempunyai hubungan rapat dengan baginda sejak 1970an. Buku ini banyak menceritakan kisah hidup Mokhtar dan personalitinya secara terperinci malah beta amat kagum cara pemikiran dan semangat beliau untuk menang dalam sukan bola sepak. Mokhtar juga punyai perwatakan tidak mudah mengalah dan ketika itu, pasukan bola sepak Selangor terdiri daripada pelbagai bangsa namun mereka semua bermain dengan penuh semangat. Beta berharap sikap sebegini akan dicontohi pemain bola sepak Selangor sekarang, titah Baginda. Sultan Sharafuddin turut berharap penerbitan buku itu dapat menambat hati pencinta buku dan peminat sukan tanah air. Turut hadir di majlis pelancaran itu balu Allahyarham Mokhtar, Datin Tengku Zarina Tengku Ibrahim. Buku berkenaan dijual pada harga RM180 di Semenanjung dan RM195 di Sabah dan Sarawak serta boleh diperoleh di kedai buku terkemuka termasuk Kedai Buku 1Malaysia, selain boleh ditempah dalam talian di ecommerce.itbm.my. - Bernama
Posted on: Sat, 26 Oct 2013 07:36:52 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015