copypaste dr seorang rakan isma****apabila isma berkata kata - TopicsExpress



          

copypaste dr seorang rakan isma****apabila isma berkata kata nampak sgt bodohnya.....!!!! Saya mempunyai dua orang rakan rapat yang merupakan orang kuat PMRAM, 2. Untuk menjadi ahli ataupun mendapat rakan dikalangan ahli PMRAM amat mudah kerana polisi PMRAM yang mewajibkan pelajar baru mengisi borang keahlian PMRAM pada setiap tahun dirumah negeri yang mempunyai hubungan rapat dengan PMRAM. 3. Sahabat yang pertama sehingga ke hari ini tidak dapat memahami realiti bahawa seseorang itu boleh berdaftar dengan persatuan selain persatuan yang terawal. Malah sepanjang 6 tahun diMesir beliau berkali – kali mempertikaikan kewujudan persatuan lain. 4. Saya kekal berkawan dengan beliau dan masih memberi nota untuk dipinjam sehinggatahun keempat diMesir, namun yang saya pelik, mengapa kefahaman bahawa kepelbagaian jemaah itu boleh, begitu susah untuk difahami? 5. Apabila saya meminta untuk dia merujuk Ulama yang wujud disekitar dia diMesir, dia kaku dan beberapa kali ditanya, ternyata, soalan yang saya ajukan tiadapun usaha untuk ditanya kepada para Ulama yang hidup disekitar dia. 6. Pertama kali saya bertanya soalan mengenai isu ini adalah pada Dr Jamal, seorang pakar fiqh perbandingan diTonto. Ketika itu saya ditahun pertama, dan tujuan bertanya sekadar ingin mengisi masa lapang selepas lama bersembang perihal permasalahan jarak solat jama’ dan qasar. 7. Dr Jamal tergelak, dan dia bertanya semula kepada saya satu soalan “jadi apa hukum Jemaah yang lain?( jemaah selain yg awal), haramkan? Makruhkah? Atau bagaimana?” 8. Saya terkedu, dan beliau menyambung “apa yang kau ucap ni kalaulah ianya haram, maka mereka yang mati didalam jemaah itu mati dalam keadaan berdosa, kemungkinan masuk neraka itu ada, kerana apa yang menghampiri haram, menghampiri dosa, dan dosa menghampirkan seseorang ke neraka”. 9. Saya terkedu, jawapan bagi saya solid. Dengan puas, itulah kajian terakhir saya mengenai isu ini, kerana kelihatan jelas dan sehingga 6 tahun, untuk isu ini saya memakai hujah itu sahaja, kerana terlalu banyak perkara lain yang perlu ditumpu dan diberi fokus lebih berbanding kajian fiqh mengenai taadud jemaah ini, saya masih tidak menghabiskan bacaan mengenai sistem politik kuno dan moden, dari teori terawal mengenai statecraft, tarikh, dan perkembangan psikologi merentas disiplin ilmu, mudah cerita terlalu banyak perkara perlu dikaji, dibaca, dan dibincangkan. 10. Rakan kedua saya bersetuju dengan saya, beliau sampai sekarang masih bersama PMRAM, dan beliau baru baru ini berusaha bersungguh untuk ke muktamar PAS, tidak tahu beliau dapat masuk atau tidak. 11. Komen beliau saya ringkaskan “itulah, kalau dapat wujudkan duduk sekali open pun kira satu benda besar dah tu” menyimpulan pandangan beliau yang inginkan keterbukaan dan kerjasama yang progresif diMesir. 12. Saya percaya rakan kedua saya ini seorang yang mengimpikan PMRAM kekal kukuh dan kuat, dan ditambah nilai dengan nilai yang lebih sejagat dan progresif, apa guna konservatif secara ekstrim jika hakikatnya masyarakat yang dibina dengan pelbagai perkara moden, ditutup sedemikian rupa? 13. Adakah siswa yang dibina akan lebih mampu memajukan Malaysia dan membawa agenda Islam kelak? Atau bagaimana? Jika berubah, mungkin ada yang mengatakan isu teknikal lah dan itu ini mungkin menyulitkan aktivisma Mahasiswa, bagi saya ianya mudah untuk diurus. Lagipun Itu tidak pasti, yang pastinya jika kekal dengan keadaan sekarang, hasil dan kualiti yang sama akan timbul….apa salahnya untuk berubah?.
Posted on: Tue, 03 Dec 2013 17:55:55 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015