hukum faedah bank... Semenjak beberapa hari ni, banyak post2 - TopicsExpress



          

hukum faedah bank... Semenjak beberapa hari ni, banyak post2 dan tulisan y dipetik dari beberapa ustaz dimalaysia menyatakan hukum faedah bank adalah haram... meman ada pandangan dari ulama2 besar kini seperti dr yusuf alqaradawi. Tetapi di sana juga ada pandangan dari sarjana besar2 juga menyatakan hukum sebaliknya... jika mahu berbicara, islam mengajar kita supaya bersikap adil dan insaf....jika menyatakan keharaman , hendaklah menyatakan hukum lain dalam perkara khilaf... Hal demikian menjadi masalah dan kemusykilan bukan sedikit kepada ulama. Dengan itu Ibn Kathir dalam kitab tafsirnya berkata, bab riba merupakan bab yang paling bermusykil bagi ramai ulama. (Tafsir Ibn Kathir, juz 1, muka 328). Sesetengah ulama berkata riba itu haram secara mutlak. Sesetengah yang lain berpendapat, ada riba yang halal seperti memberi lebihan wang kepada orang yang meminjamkan wang kepada kita sebagai hadiah atau sedekah. Mengenai faedah bank pula ada yang mengatakan ia merupakan bunga yang haram seperti pendapat ramai ulama zaman ini termasuk Dr. Yusuf al-Qaradawi. Tetapi ada pula yang berkata faedah bank itu halal, tetapi bukan secara mutlak seperti Syeikh Al-Azhar Syeikh Dr. Mohammed Sayed Tantawi dan ulama-ulama sebelum beliau seperti bekas Syeikh Al-Azhar, Syeikh Mahmoud Shaltut, Syeikh Rashid Redha, Syeikh Mohammad Abduh dan lain-lain. Kembali kepada fatwa terbaru Al-Azhar, badan penyelidikan akademik Al-Azhar, Majma al-Buhuth al-Islamiah yang mengadakan perjumpaan pada 31 Oktober lalu memutuskan bahawa faedah bank adalah halal dan Al-Azhar akan mengeluarkan fatwa rasmi mengenainya tidak lama lagi. Perjumpaan yang dipengerusikan oleh Dr. Tantawi itu dihadiri oleh Menteri Wakaf Mesir Dr. Mahmoud Hamdi Zaqzouq, Rektor Universiti Al-Azhar Dr. Omar Hashim, Mufti Rumah Fatwa Mesir, Dr. Ahmad al-Taiyyeb, Syeikh Mohammed al-Rawi, bekas Rektor Al-Azhar, Dr. Abdel Fattah al-Syeikh, Dr. Badr al-Meniyawi, Dr. Abdel Muti Baiyumi, Dr. Abdel Rahma al-Adawi, Dr. Mohammad Rafat Othman, Dr. Sofi Abu Taleb, Dr. Taha Abu Krisha, Dr. Mohammed Ibrahim al-Faiyumi, Dr. Ragab al-Baiyumi dan Dr. Hassan Zaki Abbas. Dua daripada ahli Majma al-Buhuth al-Islamiah iaitu Dr. al-Syeikh dan Dr. Othman menentang fatwa menghalalkan faedah bank itu. Menurut Dr. Abdel Muti al-Baiyumi, seseorang yang melaburkan wang untuk mendapatkan pulangan dalam bank seperti itu tergolong daripada al-wikalah yang tidak bercanggah dengan hukum syarak. Selain itu ia menetapkan pulangan juga dapat memberi perlindungan kepada penyimpan atau pelabur dan ia tidak dianggap riba kerana perkara itu berlaku antara kerajaan (bank-bank kerajaan atau bank-bank jaminannya) dan rakyat. Dan sebenarnya sangat banyak hujah yg xdpt diterankan diruang yg kecil ni....cumanya saya mahu apabila kita berbicara terhadap sesuatu hukum mengikut beberapa pandangan, jangan lupa sertakan pandangan dari ulama lain supaya disana kita akan lebih tahu akan hukum ..mungkin kita akan kata ustaz atau ulama ni lebih faham menenai hukum sekian2, tapi jgn kurangi keilmuan yg lain kerana tidak ada kata putus dalam perkara khilaf.....wallahu alam.
Posted on: Tue, 11 Feb 2014 03:22:19 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015