mbrain@FB15OCT2013jam1100am(kb)(1) Semua dah - TopicsExpress



          

mbrain@FB15OCT2013jam1100am(kb)(1) Semua dah selesai.......Sembahyang Raya, Ziarah Kubur dan ziarah adik yang lumpuh. Inilah rutin setiap Raya dan Seiap hari Jumaat. Cuma hari Jumaat tak Sembahyang Raya....Sembahyang Jumaat le.......apa pun masih belum terlewat untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adhar. Tahun ini tak Korban......cuma tengok orang TERKORBAN. Silap2 haribulan kita juga jadi KORBAN. Semangat Korban ini perlu ada kepada semua orang. Kisah Nabi Ibrahin taat kepada Allah sehingga sanggup sembeleh anaknya apabila dapat perintah daripada Aza wajallah. Apa pun Allah maha kaya dengan ujiannya. Maka hari ini majlis Korban adalah sebagai tanda kesyukuran kita kepadanya bagi mereka yang mampu. Yang tidak mampu jangan rasa terhina. Perlu juga bersyukur kerana yang mampu masih lagi ingat akan ibadat korban ini. Cuma ingatlah jangan riak dan takabur sehingga bertanding pula berapa banyak lembu yang di korbankan. Itu bukan Ibadat korban, itu amalan SYAITAN......lebih2 lagi guna duit kerajaan untuk majlis korban.
Posted on: Tue, 15 Oct 2013 03:12:04 +0000

Trending Topics




© 2015