بِسْــــــــــــــــــمِ - TopicsExpress



          

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang... Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian. Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman. Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w... . Wanita ibarat rama-rama. Apabila jari tersentuh sayap rama-rama, maka hilanglah coraknya. Apabila lelaki bukan mahram, dibiarkan melihat dan menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya, maka hilanglah sedikit demi sedikit kemanisan diri itu. Jagalah sebaik mungkin diri dan auratmu kerana sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah dan malu itu sebahagian dari iman... *sila like jika benar*
Posted on: Tue, 03 Dec 2013 14:52:31 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015