--cerita seram-- . . Hi, nak cite skit pengalaman dengan entiti - TopicsExpress



          

--cerita seram-- . . Hi, nak cite skit pengalaman dengan entiti paranormal ni, Dulu masa sekolah saya selalu buat part time di salah sebuah resort di Kelantan, pernah sekali saya hbis kerja pukul 12 malam dan terpaksa menunggu ayah datang ambil, masa tu ada terdengar bunyi bising dan riuh rendah dari dapur resort seolah-olah ada orang bekerja di dalam, dengan naif saya pergi jenguk melalui tingkap, tapi gelap la, dah semua orang balik, pernah juga dengar cerita staf pernah diganggu pocong semasa resort mula dibuka awal tahun 2000.. . ada juga pekerja nampak orang memakai set pakaian cina lama berlegar-legar di luar dewan semasa satu majlis makan malam, sedangkan tiada pon orang ang berpakaian sedemikian, . pernah sekali saya diekori sesuatu seperti lembaga putih hingga ke rumah, namun ia terus pergi setelah saya memberi salam tiga kali dan dijawab oleh kakak saya(diajar oleh arwah datuk). saya cuma rasa seperti sesuatu mengekori dan ternampak lembaga putih menuju ke semak semasa memasuki rumah, kakak saya bertanya keesokan harinya saya perasan atau tidak ada sesuatu ikot balik rumah pada malam tersebut, memang terbukti betul saya ingat khayalan saya.. . saya juga pernah terlihat sehelai kain putih seperti sapu tangan terbang dalam keadaan terbuka di lebih raya timur-selatan semasa dalam perjalanan kuala terengganu-klang, kain putih itu terbang lebih kurang setinggi tiga kali ganda tinggi bas.. ada yang cakap tu adalah santau yang sedang di hantar oleh seseorang kepada mangsa.. . yang terbaru may lepas semasa dlm perjalanan dari penang-kelantan, ternampak kelibat seperti nenek tua berjalan di tepi jalan berdekatan tasik banding di grik perak.. masih misteri, tak tahu apa lembaga tu sebenarnya.. . . -sumber dari facebook-
Posted on: Tue, 29 Oct 2013 02:04:25 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015