1.1 SEJARAH PERKHEMAHAN. Sejarah berkhemah bermula lebih kurang - TopicsExpress



          

1.1 SEJARAH PERKHEMAHAN. Sejarah berkhemah bermula lebih kurang sama dengan sejarah manusia dan tempat kediaman. Berkhemah ialah mendirikan (memasang) khemah untuk membuat tempat kediaman sementara untuk berteduh dan bermalam. Khemah ini diperbuat daripada kain tebal, nilon, dan kain layer. Khemah yang diperbuat daripada kain nilon lebih popular kerana ia lebih ringan dan senang dibawa. Khemah-khemah ini ditegakkan dengan tiang besi atau kayu dan tali. Kebiasaannya askar, pemburu, pengembara dan sesetengah puak yang selalu berpindah randah mendirikan khemah untuk berteduh. Beberapa puak yang selalu berpindah randah seperti kaum Badwi dan Bushman sangat cekap dan pandai memasang khemah. Pada tahun 1907 Lord Baden Powel, iaitu pengasas pergerakan pengakap dunia telah membawa seramai 12 orang belia ke Pulau Brownsea, England. Di pulau ini satu perkhemahan pengakap yang pertama di dunia telah berjaya dilakukan. Kini perkhemahan merupakan satu aktiviti yang diutamakan dalam pergerakan pengakap dan pandu puteri. Lord Baden Powell (1955) menyatakan berkhemah merupakan satu kegiatan yang paling menyeronokkan dalam kehidupan seorang pengakap. Perkhemahan dapat dikelaskan kepada tiga kategori. Tiga kategori tersebut ialah perkhemahan ringkas, perkhemahan kumpulan dan Jambori atau rover mood atau dikenali juga dengan nama korobori. Berkhemah bukanlah semata-mata satu jenis sukan. Pada suatu ketika dahulu berkhemah adalah satu cara hidup bagi kaum-kaum Dayak Merah di Amerika Syarikat dan kemudian bagi golongan peneroka-peneroka di dunia baru itu. Terkenang juga kita kepada betapa syahdunya kita berkhemah semasa wukuf di Arafah dalam musim Haji dengan hati setulus sutera yang putih, yang membawa satu keinsafan bahawa kita sebenarnya hanyalah berkhemah sementara di alam ini sebelum kita berpindah ke alam kekal di Akhirat kelak. Berkhemah kini menjadi kegiatan riadah dan sukan yang diminati oleh berjuta-juta umat manusia. Manusia sudah pun didorong oleh naluri dan perasaan sayang dan kesediaan melindungi alam sekitar semula jadinya yang penuh dengan keindahan dan keajaiban. Mungkin juga sebagai satu pengajaran sebelum segala keindahan khazanah alam sekitar semula jadi luput dan hilang bersama-sama tamadun manusia yang tidak henti-henti membinasakannya, buat selama-lamanya.
Posted on: Sun, 01 Dec 2013 06:09:40 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015