1. Keunikan Malaysia yang mengamalkan sistem pemerintahan - TopicsExpress



          

1. Keunikan Malaysia yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berperlimen dan raja berpelembagaan daan sejarah awalnya. 1.1 Keunikan Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi berperlimen dan raja berpelembagaan akan akan dikupas melalui beberapa aspek iaitu konsep demokrasi berparlimen, struktur Parlimen Malaysia, sistem demokrasi di Malaysia, ciri-ciri demokrasi berparlimen, perlembagaan, keluhuran perlembagaan, kepentingan perlembagaan, ketertinggian Perlembagaan Malaysia, pindaan perlembagaan, konsep Raja Berpelembagaan, kuasa perintahan, badan Perundangan (Legislatif), badan Pelaksana (Eksekutif), badan Kehakiman (Judisiari), pilihan raya, parti-parti ploitik di Malaysia, negara persekutuan, kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, lambang-lambang negara, jata negera, bendera kebangsaan dan lagu kebangsaan. 1.2 Sejarah awal Malaysia bermula dengan kewujudan manusia awal berusia 40,000 tahun yang ditemui di Kompleks Gua Mulu dan kompleks gua niah, Sarawak. Secara dasarnya sejarah negara ini telah melalui empat zaman utama sejarah manusia iaitu Prasejarah, Proto Sejarah, Zaman Pertengahan dan Zaman Kolonial. 1.3 Semenanjung Melayu berubah menjadi pusat perdagangan Asia Tenggara apabila China dan India memulakan perdagangan mereka melalui pelabuhan di Selat Melaka. . Penemuan beberapa tapak arkeologi Zaman Proto Sejarah membuktikan wujud petempatan pesisiran pantai seawal abad ke-2 Masihi lagi. Ia membawa kepada kemunculan kerajaan awal sebelum abad ke-10 adalah merupakan penemepatan pesisir pantai dan pelabuhan kecil. Ini termasuk Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah, Beruas dan Gangga Negara di Perak, dan Pan Pan di Kelantan. Pada awal abad ke-15, Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya telah menarik minat penakluk daripada Portugis pada tahun 1511 diikuti oleh Belanda dan Britain untuk mewujudkan penempatan atau koloni di Selat Melaka. 1.4 Manakala di Borneo pula, kewujudan kerajaan purba Marudu sebelum abad ke-13 Masehi dan Santubung lebih awal lagi membuktikan telah wujud entiti politik yang mendahului kewujudan Kesultanan Brunei dan kesultanan Sulu. 1.5 Penempatan terawal British di Malaysia bermula dengan pendudukan Pulau Balambangan pada tahun 1769 hasil dari perjanjian dengan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Manakala penempatan Selat Koloni DiRaja Britain diwujudkan pada 1826, dan Britain sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas seluruh semenanjung. Penempatan Selat termasuk Pulau Pinang, Singapura dan Melaka.. Pada 1867, Inggeris menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri negeri Melayu yang lain. Disebabkan perang saudara, gangguan persatuan sulit Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah masalah penduduk Negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa Britain ke negeri negeri Melayu (iaitu Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri Bersekutu). Negeri-negeri lain yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Tidak Bersekutu ialah Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu berada di bawah kuasa Thai. 1.6 Di Borneo pula, Borneo Utara yang dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu sekarang Sabah) telah berada dibawah pajakan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British pada tahun 1881 sehingga 1946 apabila ia ditabalkan sebagai Koloni Diraja British. Manakala Sarawak menjadi milik keluarga Brooke sebelumnya. 1.7 Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis, kesedaran untuk merdeka semakin menyerlah dan kuat. Perkara ini amat dikhuatir oleh British khususnya dalam menjaga kepentingannya dan masyarakat imigran. justeru British mewujudkan Malayan Union, masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro-Melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan kaum pendatang mendapat status warganegara Malaya dan negara asal mereka). Kemerdekaan untuk semenanjung diperolehi pada 1957 di bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa Singapura. 1.8 Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei.. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan menakluk Malaysia, dan tuntutan oleh Filipina terhadap Sabah. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan berlakunya rusuhan kaum pada 1969. 2. Demokrasi berparlimen. 2.1 Parlimen Malaysia melambangkan keutuhan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. 2.1.1 Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan maksud Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif. 2.1.2 Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia. 2.1.3 Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa. Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis 2.1.4 Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan. 2.1.5 Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri. 2.1.6 Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan dua Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen. 2.1.7 Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yang kemudiannya. Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu. Walau bagaimanapun, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke semasa. 2.1.8 Parlimen Persekutuan merupakan badan perundangan yang tertinggi di Malaysia. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu. Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya Umum. 2.1.9 Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan, dan Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya. 3. Struktur Parlimen Malaysia. 3.1 Pemerintahan Malaysia yang bercirikan demokrasi berperlimen dan raja berpelembagaan yang unik kerana Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen:- · Yang Di-Pertuan Agong · Dewan Negara · Dewan Rakyat 3.2 Setiap negara mempunyai kaedah dan sistem pemerintahan yang tersendiri. Terdapat berbagai nama yang diberikan untuk menggambarkan bentuk pemerintahan sesebuah negara seperti demokrasi, sosialis, monarki dan lain-lain. Dalam sistem berkenaan, terdapat jenis pemerintahan yang membenarkan penglibatan rakyat dalam mengurus dan mengemudi pemerintahan negara. 3.3 Sementara itu terdapat juga pemerintahan yang tidak memberi ruang kepada rakyat untuk terlibat dalam urusan pemerintahan negara. 3.4 Sistem pemerintahan demokrasi amat bermakna bagi sesebuah negara yang mendaulatkan kebebasan rakyat. Ianya menggambarkan suatu sistem yang memberi keutamaan kepada suara dan kehendak majoriti rakyat. Istilah popular demokrasi “kerajaan rakyat, dari rakyat untuk rakyat”. 3.5 Unsur penting dalam demokrasi ialah “pemerintahan rakyat”. Dalam sistem demokrasi yang berkuasa ialah rakyat. Demokrasi mempunyai makna yang bertentangan dengan autokrasi. Dalam autokrasi, rakyat tidak boleh bersuara dan tidak dibenarkan terlibat dalam urusan pemerintahan negara. 4. Sistem Demokrasi di Malaysia. 4.1 Pemerintahan Malaysia mengamalan pemerintahan demokrasi berparlimen dengan raja berpelembagaan seperti dinyatakan dalam perkara 44 Perlembagaan Persekutuan. 4.2 Dalam sistem ini, kuasa perundangan Persekutuan terletak kepada Parlimen yang mengandungi Yang Di-Pertuan Agong dan dua majlis yang dinamakan Dewan Negara dan Dewan Rakyat.Parlimen mempunyai kedudukan tertinggi dan merupakan badan yang mewakili rakyat untuk membuat undang-undang dan dasar-dasar. 4.3 Dalam demokrasi berparlimen, rakyat mempunyai kuasa memilih pemimpin dan kerajaan. Wakil yang dipilih oleh rakyat sama ada bagi kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri akan bertanggungjawab serta bertindak untuk memperjuangkan kepentingan rakyat yang diwakilinya. Amalan memilih pemimpin dan kerajaan dalam demokrasi berparlimen ini dibuat melalui pilihanraya. 4.4 Pilihanraya merupakan salah satu saluran penglibatan warganegara dalam membuat keputusan politik. Melalui pilihanraya, rakyat diberi hak bagi memberi mandat kepada sesuatu seperti parti untuk membentuk kerajaan. Kuasa rakyatlah yang akan menentukan parti yang akan memerintah negara serta membentuk corak pembangunan dan masa depan rakyat. 5. Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen 5.1 Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. Umumnya terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi, iaitu sistem Raja Berperlembagaan dan Sistem Republik. 5.2. Malaysia telah memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. 5.3. Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. 5.4. Sistem Raja Berperlembagaan, merupakan pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri yang dibantu oleh Perdana Menteri. 5.5 Sementara sistem Republik menolak institusi beraja. Kerajaan ini diketuai oleh presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. 6. Perlembagaan. 6.1. Pemerintahan Malaysia bercirikan demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan secara langsung menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan. 6.2. Perlembagaan dijadikan dokumen rasmi dan di dalamnya terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. 6.3. Parti politik yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara dan hal ini menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya. 6.4. Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 September 1963 mengandungi 183 perkara. 6.5. Perlembagaan ini mengandungi pelbagai peruntukan seperti Senarai Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, Institusi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Badan Kehakiman. 6.6 Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan, Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. 6.7. Negeri-negeri yang bergabung dalam persekutuan Malaysia diberikan hak, kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Negeri. 7. Keluhuran perlembagaan. 7.1 Pemerintahan Malaysia mengamalkan keluhuran perlembagaan yang merupakan prinsip Rukun Negara yang ketiga yang bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. 7.2. Keluhuran Perlembagaan Malaysia mengatasi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah. Ini bermakna semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia adalah tidak sah. 7.3 Maka, undang-undang negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Perkara 75 menyatakan, undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya. 7.4 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada mahkamah untuk membatalkan akta yang diluluskan di luar bidang kuasa Parlimen atau bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia. Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang bagi menjamin keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia. 8. Kepentingan perlembagaan. 8.1. Pemerintahan Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan mementingkan perlembagaan yang berperanan untuk menjamin kestabilan sesebuah negara dengan menentukan rangka dan bentuk pentadbiran agar wujud kecekapan, keadilan, ketulusan serta kelancaran. Setiap pemimpin memerlukan panduan semasa memerintah supaya pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat. 8.2. Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia rakyat dengan memegang matlamat yang sama supaya semangat patriotisme dapat dibentuk. 8.3 Perkara 24 Perlembagaan Malaysia menyatakan seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya. Perkara 25 pula menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada negara ini. Tujuannya supaya rakyat memberikan sepenuh ketaatan kepada tanah air untuk mengekalkan identiti negara dan bangsa Malaysia. 8.4 Perlembagaan Malaysia menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di negara ini. Setiap warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan seperti berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Maka rakyat mengetahui had kebebasan di sisi undang-undang. 8.5 Perlembagaan Malaysia, dalam Perkara 153 memperuntukkan peranan Yang di-Pertuan Agong dalam menjaga dan memelihara hak istimewa serta kedudukan orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah. Hak istimewa tersebut ialah pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan pendidikan serta pemberian. lesen perniagaan dan perdagangan. Walau bagaimanapun, perlembagaan juga memastikan Perkara 153 tersebut dilaksanakan dengan berhati-hati supaya pelaksanaannya tidak mengabaikan kaum-kaum lain. 8.6. Perlembagaan Malaysia juga menjamin kerjasama, kesepakatan, keadilan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri di mana Perlembagaan adalah rujukan utama dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri. 8.7. Pembahagian ini menjelaskan Perlembagaan Negeri pula tidak boleh bercangggah dengan Perlembagaan Malaysia. 9. Ketinggian Perlembagaan Malaysia 9.1 Ketertinggian perlembagaan dilihat pada peruntukan kuasa parlimen, kedudukan Yang di-Pertuan Agong, kuasa perundangan clan kebebasan asasi. 9.2 Parlimen memperoleh kuasa daripaca perlembagaan.Yang di-Pertuan Agong tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia. 10. Pindaan perlembagaan. 10.1. Sejak tahun 1957 Perlembagaan Malaysia telah dipinda beberapa kali. Pindaan ini bertujuan untuk sentiasa relevan melindungi kepentingan rakyat, menjaga keselamatan negara dan melicinkan urusan pentadbiran negara. 10.2 Perlembagaan juga telah dipinda bagi melarang perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka. Antara perkara sensitif dalam perlembagaan yang tidak boleh dipersoalkan termasuklah pemerintahan beraja,agama Islam, kedudukan bahasa Melayu dan hak istimewa orang Melayu. 10.3. Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang mengehadkan seseorang individu daripada bercakap sewenang-wenangnya sehingga menyentuh perkara yang sensitif yang boleh menimbulkan perbalahan antara kaum di negara ini. Tujuannya untuk memelihara keselamatan, ketenteraman dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara kita. 10.6. Antara pindaan besar yang telah dibuat termasuklah pemansuhan imuniti (kekebalan) bagi Yang di- Pertuan Agong dan Raja yang memerintah negeri daripada kesalahan jenayah.
Posted on: Sat, 19 Oct 2013 09:10:41 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015