10,000 sokong undang-undang pencegahan jenayah Orang ramai - TopicsExpress



          

10,000 sokong undang-undang pencegahan jenayah Orang ramai menandatangani memorandum sebagai tanda sokongan terhadap undang-undang pencegahan jenayah. - Foto Facebook KUAN CHEE HENG PUCHONG - Sebanyak 10,000 tanda tangan orang ramai berjaya dikumpulkan sebagai tanda sokongan masyarakat terhadap undang-undang pencegahan jenayah bagi menggantikan Ordinan Darurat (EO). Pengerusi Persatuan Kepolisan Masyarakat Malaysia, Kuan Chee Heng berkata, tanda tangan itu disertakan bersama memorandum yang diserahkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, hari ini. "Kami mahu undang-undang pencegahan jenayah itu digubal segera, setelah EO dimansuhkan, polis sukar ambil tindakan pencegahan jenayah walaupun sudah mendapat maklumat dan mengenal pasti suspek," katanya. Menurutnya, perasaan ‘fear of crime’ juga menganggu kualiti kehidupan seharian masyarakat, rakyat dan peniaga kini boleh dianggap menghidap penyakit ‘worries of crime’. "Perkara ini secara tidak langsung menjejaskan peluang perniagaan yang kompetitif dan berkualiti. Pengusaha restoran juga bimbang dengan jenayah yang berlaku di premis mereka," katanya ketika ditemui pada majlis menandatangani memorandum menyokong undang-undang pencegahan jenayah dan penggunaan e-plat kenderaan, di sini, hari ini. Chee Heng berkata, pihaknya juga menyokong penggunaan e-plat kenderaan dalam mengurangkan kadar jenayah penggunaan nombor plat kenderaan palsu. "Modus operandi penggunaan plat kenderaan palsu dalam kegiatan jenayah dapat dibendung jika e-plat kenderaan dikuatkuasakan kelak," katanya.
Posted on: Mon, 22 Jul 2013 13:23:23 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015