10 FAKTA PERTEMUAN UNITED-CHELSEA 1. Pertemuan pertama - TopicsExpress



          

10 FAKTA PERTEMUAN UNITED-CHELSEA 1. Pertemuan pertama membabitkan kedua-dua pasukan berlaku pada Hari Natal 1905 di mana berkesudahan dengan seri 0-0. Di akhir musim United berada di tangga kedua Divisyen 2 sekaligus layak ke Divisyen 1 musim berikutnya. 2. United mendominasi era Liga Perdana sejak diperkenalkan pada 1992 dengan memenangi kejuaraan liga sebanyak 13 kali tetapi, Chelsea adalah saingan paling sukar ditewaskan The Red Devils. Peratus kemenangan United ketika berdepan Chelsea dalam saingan liga hanyalah 31% sekaligus peratusan paling rendah berbanding lawan-lawan mereka yang lain. 3. Masih tiada mana-mana pemain dari kedua-dua pasukan yang berjaya menjaringkan hatrik dalam sejarah pertemuan (Liga Perdana) mereka. Hanya Paul Scholes, David Beckham, Ryan Giggs, Wayne Rooney, Andy Cole, Eric Cantona, Gianluca Vialli, Tore Andre Flo, Gustavo Poyet dan Michael Ballack hampir melakukannya apabila masing-masing menjaringkan 2 gol. Adakah pertemuan awal pagi Selasa nanti menyaksikan ada pemain menjaringkan hatrik buat pertama kali dalam sejarah pertemuan (Liga Perdana) United-Chelsea? 4. Kedua-dua kelab bertemu sebanyak 5 kali musim lalu dalam semua kejohanan domestik. United menang sekali dan seri sekali manakala 3 pertemuan lagi memihak kepada Chelsea. 5. Chelsea memiliki peluang untuk muncul kelab pertama dalam sejarah Liga Perdana yang berjaya menewaskan United dalam tahun yang sama selepas mereka menang di Old Trafford (1-0), 5 Mei lalu. 6. David Moyes sudah berdepan Jose Mourinho sebanyak 8 kali dalam semua kejohanan tetapi gagal menewaskan Special One walau sekalipun. Chelsea ketika di bawah kendalian Mourinho menang sebanyak 5 kali ketika berdepan Everton (di bawah kendalian Moyes) dalam saingan liga. Tiga lagi pertemuan berakhir dengan keputusan seri. Walau bagaimanapun Moyes berjaya mengemudi Everton menewaskan Chelsea sebanyak 3 kali dalam tempoh 4 musim terakhir. 7. Kemenangan terbesar United ke atas Chelsea berlaku pada Boxing Day tahun 1960. United yang ketika itu di bawah kendalian Sir Matt Busby menang 6-0 di Old Trafford. Kemenangan terbesar Chelsea ke atas United pula berlaku pada 3 Oktober 1999 di mana mereka menang 5-0 di Stamford Bridge selepas Nicky Butt di buang padang. 8. Sebanyak 5 kad merah sudah dilayangkan dalam 12 pertemuan terakhir kedua-dua pasukan. Ramires, Branislav Ivanovic dan Fernando Torres untuk Chelsea manakala Nemanja Vidic dan Rafael da Silva pula mengumpul kad merah untuk United. 9. Dengan segala kemungkinan pertukaran Wayne Rooney dan Juan Mata masih lagi terbuka sebelum jendela perpindahan pemain ditutup, berikut adalah lima pemain yang pernah bermain untuk kedua-dua kelab. Bekas pengurus Arsenal, George Graham pernah bermain untuk Chelsea pada tahun 1962-1964 sebelum menyertai United pada 1972-1974 selepas berpindah dari Arsenal. Bekas pemain United, Mickey Thomas pula menyertai Chelsea pada tahun 1984 dan berjaya membantu kelab naik ke Divisyen 1. Ray Wlikins berpindah ke Old Trafford dari Stamford Bridge pada 1979 dan kemudiannya muncul pemain yang pernah dilantik sebagai kapten untuk kedua-dua kelab. Juan Sebastian Veron dijual United ke Chelsea dengan harga £13 juta pada 2003 manakala Mark Hughes pula meninggalkan Old Trafford untuk berpindah ke Stamford Bridge pada 1995. 10. Robin Van Persie menjaringkan 6 gol di Stamford Bridge sekaligus menjadikannya pemain paling banyak membolosi gawang The Blues di gelanggang mereka. -Torres PBsemasa-
Posted on: Mon, 26 Aug 2013 03:51:14 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015