124 Penjenayah Ditembak Mati Sejak 2009 – Ahmad Zahid: KUALA - TopicsExpress



          

124 Penjenayah Ditembak Mati Sejak 2009 – Ahmad Zahid: KUALA LUMPUR, 24 Sept – Seramai 124 penjenayah ditembak mati sejak 2009 sehingga Ogos tahun ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 56 orang adalah Melayu, 41 berbangsa India, 23 Cina dan empat orang Bumiputera. Ahmad Zahid berkata dalam tempoh itu, sebanyak 898 senjata api tanpa lessen dirampas terdiri daripada 319 senjata api jenis semi-auto, revolver (120), rifle (22), senapang patah (84), bom tangan (31), air gun (105), pum gun (20), sub machine gun ‘smg’ (empat) dan senjata buatan sendiri (193). Ahmad Zahid berkata demikian dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini, bagi menjawab soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang ingin tahu statistik terkini laporan kes tembak penjenayah dan bilangan senjata api yang dirampas. Sementara itu, Ahmad Zahid juga memaklumkan bahawa sebanyak 4,356 pendatang tanpa izin ditahan dalam Operasi 6P bersepadu yang bermula pada 1 Sept hingga 16 Sept lepas. Rakyat Indonesia mencatat bilangan tangkapan paling tinggi iaitu 1,355 orang diikuti Myanmar (941), Bangladesh (597), Nepal (322) dan lain-lain warganegara (340). Beliau juga memaklumkan proses penghantaran pulang pendatang tanpa izin ke negara asal akan dilaksanakan dari semasa ke semasa. dlvr.it/41kbfs
Posted on: Tue, 24 Sep 2013 12:17:00 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015