14 Individu Bertatu Ditahan Khamis, 05/09/2013 Kuala Lumpur: Empat - TopicsExpress



          

14 Individu Bertatu Ditahan Khamis, 05/09/2013 Kuala Lumpur: Empat belas individu bertatu dan memaparkan lambang kumpulan kongsi gelap pada kenderaan mereka, ditahan dalam Ops Cantas Khas di sekitar ibu negara sepanjang minggu lalu. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, berkata semua suspek berusia 20 hingga 30-an itu ditahan susulan pewartaan 49 kongsi gelap termasuk 14 yang mempunyai lambang kumpulan sebagai pertubuhan haram oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), 29 Ogos lalu. Katanya, 11 lelaki India dan tiga lelaki Melayu itu didapati mempunyai tatu dan lambang 08, 36, sarang labah-labah dan tulisan 77 pada badan serta kenderaan mereka yang mewakili geng kongsi gelap 08, 36 dan Double Seven. polis turut merampas pelbagai senjata berbahaya iaitu sembilan parang, tiga pisau, dua besi panjang dan sebilah penyabit. Dalam perkembangan lain, Mohmad berkata, polis Kuala Lumpur memeriksa 7,153 individu sejak Ops Cantas Khas dilancarkan 17 Ogos lalu dan daripada jumlah itu, 262 diberkas atas pelbagai kesalahan termasuk 163 suspek yang masih ditahan untuk siasatan. “Daripada jumlah itu juga, 47 individu sudah dituduh di mahkamah atas pelbagai kesalahan, manakala 25 lagi dibebaskan dengan jaminan polis dan 27 yang lain sudah dibebaskan tanpa syarat,” katanya.
Posted on: Thu, 05 Sep 2013 07:23:10 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015