17 SEPTEMBER 2013: Kali ini aku bukan sahaja mahu mengajar - TopicsExpress



          

17 SEPTEMBER 2013: Kali ini aku bukan sahaja mahu mengajar anak-anak yatim di rumah anak-anak yatim seperti dahulu, tetapi aku mahu menjadi mentor mereka. Aku perlukan menulis modul yang khusus kerana masa aku di rumah anak-anak yatim adalah terhad kepada beberapa jam sahaja, dan 1-2 kali sahaja seminggu. Program Pendeta Muda yang pernah digunakan untuk melatih pelajar-pelajar Kelab Setia akan diubahsuai untuk digunakan di rumah anak-anak yatim. Jika di sekolah, aku berjaya mendidik beberapa orang pelajar yang dahulunya kosong, tak pernah dipilih guru sebagai pemimpin pelajar, tidak ada keyakinan diri, sering menganggap diri sendiri sebagai hodoh dan tak menarik kepada kini menjawat jawatan penting di sekolah dan memenangi anugerah itu dan ini, kini aku mahu meluaskan skop mentoring itu kepada anak-anak yatim di rumah anak-anak yatim. Ini bukan usaha yang mudah, banyak cabaran dan rintangan. Masa pun sangat terhad. Aku perlukan merangka dan menulis modul yang baru.
Posted on: Mon, 16 Sep 2013 17:24:45 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015