1999 (pusingan kedua piala fa) Bertemu dgn juara bertahan piala - TopicsExpress



          

1999 (pusingan kedua piala fa) Bertemu dgn juara bertahan piala fa 1998 di kota bharu , Kelantan yg sedang mendahului johor , dikejutkan dgn gol penyamaan , perlawanan di heret sehingga masa tambahan dgn pemain muda yg baru diangkat dari skuad piala presiden roslisham md nor aka LAKSE menjaringkan gol kemenangan sekaligus menyingkirkan skuad bimbingan steve darby dan hashim Mustapha yg bermain utk johor ketika itu. Kelantan layak ke suku akhir bertemu dgn Terengganu namun tewas ketika itu. 2001 (suku akhir Piala Malaysia) Pertemuan yg berakhir dgn seri 1-1 di Pulau Pinang yg ketika itu baru dinobat sbg juara liga perdana 1 liga Malaysia , di kota bharu pulau pinang mendahului 1-0 di separuh masa pertama sebelum fatrurazi rozi menyamakan kedudukan 1-1 10 minit sebelum perlawanan berakhir sekaligus mengheret ke masa tambahan , kedudukan kekal sehingga ke sepakan penalti , Kelantan menang dan layak ke separuh akhir buat pertama kali di alaf baru setelah kali terakhir tahun 1993. Perlawanan ini dicemari dgn 2 layangan kad merah kpd hardi ahmad dan aziz ismail pertahanan pulau pinang. 2003 (play off penentuan liga super / liga perdana) Penentuan utk ke liga super atau turun ke liga perdana bagi format baru liga malaysia bagi tahun 2004 , pasukan Kelantan yg ketika itu serba kekurangan dgn gaji tertunggak mengharungi perjalanan memenatkan dgn bas dari kota bharu ke pasir gudang selama 15 jam mencatat keputusan seri dengan johor fc . Di kota bharu , pasukan johor fc mendahului 1-0 sebelum pemain kelanta yg berasal dari Terengganu badrul afzan razali menyamakan kedudukan 1-1 . perlawanan turut dicemari dgn 2 layangan kad merah kpd penjaga gol Kelantan shahrizan ismail dan idris karim (johor fc) kerana bertumbuk di situasi off ball , pemain import Kelantan ketika itu martin adamec menjadi penjaga gol bidan terjun dlm penentuan sepakan penalti. Kelantan tewas sekaligus jatuh ke liga perdana utk tahun 2004. 2005 (pusingan kedua piala fa) Kelantan yg ketika ini bermain di saingan piala fam bertemu perlis yg bermain di liga super, Kelantan tewas 1-4 di kangar namun menunjukkan kebangkitan dgn menjaringkan gol demi gol sehingga mampu mendahului perlis secara aggreget sebelum pemain import perlis philemon chipeta menyamakan kedudukan , perlawanan berlanjutan sehingga sepakan penalty dan Kelantan layak ke suku akhir menyingkirkan pasukan liga super sekaligus bertemu Selangor di suku akhir Di suku akhir kedua yg berlangsung di stadium shah alam 13 julai 2005 , meskipun ketinggalan 3 gol , Kelantan bangkit menyamakan kedudukan 3-3 sebelum tewas di masa tambahan 5-4 kpd Selangor 2007 (pusingan kedua piala fa) Kelantan yg bertemu johor fa di larkin ketinggalan gol sebelum bangkit kembali mengheret kedua dua pasukan sehingga ke sepakan penalti , Kelantan tewas sekaligus johor layak ke sukua akhir. 2009 (separuh akhir piala fa) Layak sehingga ke separuh akhir piala fa buat kali kedua memakan masa selama 16 tahun setelah kali pertama layak hingga peringkat ini kali tahun 1993 sebelum tewas 4-0 kpd sabah. Bertemu dgn negri Sembilan tahun 2009 , negri Sembilan mendahului 1-0 di kota bharu , di paroi , negri Sembilan sekali lagi mendahului 1-0 dan 2-0 secara aggreget sebelum Kelantan bangkit dgn 2 gol sekaligus layak ke final buat kali pertama dlm sejarah apabila layak secara away goal namun tewas kpd Selangor di final. 2010 (perlawanan akhir piala Malaysia) Negri Sembilan mendahului Kelantan 1-0 melalui sepakan penalti sebelum kelantan bangkit dgn tadukan padu hairuddin omar dan gol kemenangan drpd piya sekaligus mencatat sejarah juara kali pertama piala Malaysia sejak dipertandingan pada tahun 1921 2012 (separuh akhir piala fa) Bertemu dgn kedah separuh akhir kedua di alor star dgn ketinggalan 2-0 sebelum Kelantan bangkit menyamakan kedudukan 2-2 sekaligus layak ke final piala fa hasil away goal dan menjuarai piala fa buat kali pertama sejak tahun 1990 diperkenalkan 2012 (suku akhir piala Malaysia) Meskipun mendahului felda united 2-1 di stadium hang jebat di Melaka , felda bangkit dgn 2 gol di kota bharu sekaligus hampir2 menyingkirkan Kelantan , namun bangkit kembali menyamakan kedudukan sekaligus layak ke final piala Malaysia buat kali ke 5 2012 (final piala Malaysia) Meskipun 2x mendahului atm dalam saingan final , atm memberikan saingan sengit sebelum indra putra menjaringkan gol ketiga gol kemenangan Kelantan sekaligus dinobatkan sbg juara piala Malaysia buat kali kedua selepas tahun 2010 2013 (separuh akhir kedua piala fa) Meskipun selesa mendahuui Terengganu 4-1 di kota bharu , Terengganu bangkit dgn 4 gol dlm masa 90 minit sekaligus diambang final sebelum obinna menjaringakn gol penyamaan aggreget 30 saat sebelum perlawanan tamat dan Dickson nwakaeme memastikan Kelantan ke final piala fa buat kali keempat hasil jaringan ketika masa tambahan P/S Jika dilihat COMEBACK Kelantan , kebangkitan semula dlm piala fa adalah sebanyak 5x , piala Malaysia sebanyak 4x dan sekali dlm perlawana playoff , ADAKAH COMEBACK AKAN BERULANG KEMBALI 5 OKTOBER INI???SAMA SAMA KITA LIHAT...........PONIQUE ARKIB SEJARAH PURBA BOLASEPAK KELANTAN
Posted on: Fri, 04 Oct 2013 02:20:56 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015